3GP

3GP
Sambungan fail:.3gp .3g2
Jenis media Internet:Video/3gpp (strim penggunaan/oktet?)
Jenis format:Bekas media

3GP ialah format bekas multimedia bagi telefon bimbit 3G yang ditakrifkan oleh Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP).

Perincian teknik

3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14 (MP4) yang direka untuk mengurangkan keperluan-keperluan storan dan lebar jalur bagi kegunaan telefon bimbit. Ia menyimpan strim-strim video seperti MPEG-4 Bahagian 2, H.263 atau MPEG-4 Bahagian 10 (AVC/H.264), serta strim-strim audio seperti AMR-NB, AMR-WB, AMR-WB+ atau AAC-LC. Fail 3GP selalunya merupakan endian besar dan menyimpan serta memindahkan bait yang terpenting lebih dahulu. Ia juga mengandungi huraian saiz imej dan kadar bit. Adanya dua piawai yang berlainan bagi format ini:

  • 3GPP (untuk telefon berasaskan GSM dan boleh mempunyai sambungan nama fail .3gp)
  • 3GPP2 (untuk telefon berasaskan CDMA dan boleh mempunyai sambungan nama fail .3g2)

Kedua-duanya berasaskan video MPEG-4 atau H.263, dan audio AAC atau AMR.

Apabila dipindahkan ke sebuah komputer, filem-filem 3GP boleh ditonton pada pelantar-pelantar Linux, Mac, dan Windows dengan masing-masing menggunakan atur-atur cara seperti RealPlayer, QuickTime, dan Media Player Classic. Pemain media VLC juga boleh dipergunakan untuk kesemuanya.

Sokongan perkakasan

  • Kebanyakan telefon bimbit 3G menyokong main semula dan perakaman video dalam format 3GP.
  • Sesetengah telefon yang lebih baru tetapi tidak mempunyai keupayaan 3G juga boleh main semula dan merakam dalam format ini.

Pautan luar

  • Video Telefon Bimbit 3GP
  • Laman web tentang 3GP Diarkibkan 2008-01-13 di Wayback Machine
  • Format fail 3GPP


  • l
  • b
  • s
Format-format pemampatan multimedia
Pemampatan video
ISO/IEC MJPEG · MPEG-1 · MPEG-2 · MPEG-4 ASP · MPEG-4/AVC
ITU-T H.120 · H.261 · H.262 · H.263 · H.264
Lain-lain AMV · AVS · Bink · Dirac · Indeo · MJPEG · Pixlet · RealVideo · RTVideo  · Smacker · Theora · VC-1 · VP6 · VP7 · WMV
Pemampatan audio
ISO/IEC MPEG-1 Lapisan III (MP3) · MPEG-1 Lapisan II · MPEG-1 Lapisan I · AAC · HE-AAC · HE-AAC v2
ITU-T G.711 · G.722 · G.722.1 · G.722.2 · G.723 · G.723.1 · G.726 · G.728 · G.729 · G.729.1 · G.729a
Lain-lain AC3 · AMR · Apple Tak Hilang · ATRAC · FLAC · iLBC · Monkey's Audio · Hukum-μ · Musepack · Nellymoser · OptimFROG · RealAudio · RTAudio · SHN · Siren · Speex · Vorbis · WavPack · WMA · TAK
Pemampatan imej
ISO/IEC/ITU-T JPEG · JPEG 2000 · JPEG Tak Hilang · JBIG · JBIG2 · PNG  · WBMP
Lain-lain BMP · GIF · ICER  · ILBM · PCX · PGF  · TGA  · TIFF  · JPEG XR / Foto HD
Bekas media
Am 3GP · ASF · AVI · Bink · DMF · DPX · FLV · Matroska · MP4 · MXF · NUT · Ogg · Ogg Media · QuickTime · RealMedia · Smacker · VOB
Audio sahaja AIFF · AU · WAV
Sila lihat Kaedah Pemampatan untuk kaedah, dan Pelaksanaan Perisian Mampatan untuk codec