46 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-2 SM
  • abad pertama SM
  • abad pertama
Dekad:
  • 6-an SM
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
  • 2-an SM
Tahun:
  • 49 SM
  • 48 SM
  • 47 SM
  • 46 SM
  • 45 SM
  • 44 SM
  • 43 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Rom

  • Konsul: Gaius Julius Caesar, dan Marcus Aemilius Lepidus
  • Perang Saudara:
    • 4 Januari – Titus Labienus menewaskan Julius Caesar dalam Pertempuran Ruspina yang menumpahkan banyak darah.
    • 6 Februari – Julius Caesar menewaskan angkatan tentera gabungan Numidia dan para pengikut Pompey di bawah Metellus Scipio dan Juba di Thapsus.
    • 20 April – Cicero di Rom menulis kepada Varro, "Jika suara-suara kita tidak lagi didengar di dalam Senat dan di dalam Forum, marilah kita mencontohi orang-orang bijaksana kuno dan berkhidmat kepada negara kita melalui penulisan, dan menumpukan perhatian kita kepada persoalan-persoalan etika dan undang-undang perlembangan."
    • 26 September - Julius Caesar mentahbiskan sebuah candi untuk Venus Genetrix, leluhur mitosnya, bagi menunaikan janji yang dibuatnya dalam pertempuran Pharsalus.
    • November – Caesar bertolak ke Farther Hispania untuk menangani peletusan tentangan yang baru.
    • Caesar dipilih sebagai Pontifex Maximus seumur hidup, dan membaharui takwim Rom untuk mencipta takwim Julian. Tahun peralihan dilanjutkan sehingga 445 hari untuk menyelaraskan kalendar baru dan kitaran musim. Takwim Julian kemudian menjadi piawai di dunia barat selama lebih 1600 tahun sehingga digantikan oleh takwim Gregory pada tahun 1582.
    • Caesar melantik Octavian, anak saudara lelakinya, sebagai pewaris.
    • Caesar mematahkan dahagi Legion Kesepuluhnya.
    • Caesar merayakan Kemenangan Gaul dan selepas itu, melaksanakan hukuman mati ke atas Vercingetorix.

Kelahiran

Mahendran dilahirkan,beliau mahir dalam pedang samurai, beliau mengajar askar2 ianya Cara mengendalikan pedang

Kematian

  • Marcus Porcius Cato, si Lebih Muda membunuh diri selepas pertempuran Thapsus
  • Metellus Scipio (Quintus Caecilius Metellus Pius Cornelianus Scipio Nasica) dibunuh dalam pertempuran Thapsus semasa angkatan tenteranya cuba menyerah kalah.
  • Vercingetorix, ketua Gaul