52 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-2 SM
  • abad pertama SM
  • abad pertama
Dekad:
  • 7-an SM
  • 6-an SM
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
Tahun:
  • 55 SM
  • 54 SM
  • 53 SM
  • 52 SM
  • 51 SM
  • 50 SM
  • 49 SM


Peristiwa

Rom

  • Konsul-konsul: Quintus Caecilius Metellus Pius Scipio, dan Gnaeus Pompeius Magnus.
  • Pompey berkahwin dengan Cornelia Metella.
  • Milo dibicarakan atas tuduhan membunuh Clodius. Walaupun dibela oleh Cicero (ucapan Pro Milone), beliau disabit bersalah dan diusir ke Massilia (Marseille masa kini).
  • Tahun terakhir Perang-perang Gaul Julius Caesar.
    • Mac - Avaricum (Bourges) dikepung dan ditawan.
    • April-Mei - Pengepungan dan penangkisan dari Gergovia.
    • Julai - Pertempuran Vingeanne, sebuah pertempuran yang tidak muktamad antara Caesar dengan Vercingetorix.
    • Julai - Pengepungan Alesia bermula.
    • Oktober - Tentera Rom menewaskan tentera Gaul yang diketuai oleh Vercingetorix dalam Pertempuran Alesia dan dengan itu, mematahkan pemberontakan Gaul. Pendamaian terakhir Gaul disiapkan pada tahun berikut.

Kelahiran

  • Fenestella, ahli sejarah Rom (tarikh anggaran)
  • Juba II, raja Numidia

Kematian

  • 18 Januari - Publius Clodius Pulcher yang dibunuh di jalan raya Appian Way oleh Titus Annius Milo
  • Surena, jeneral Parthia (lahir 84 SM)
  • Ptolemy XII Auletes, raja Mesir