Abad ke-6 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-7 SM
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
Garis masa:
  • abad ke-7 SM
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
Ketua negara:
  • abad ke-7 SM
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
Dekad:
  • 59-an SM
  • 58-an SM
  • 57-an SM
  • 56-an SM
  • 55-an SM
  • 54-an SM
  • 53-an SM
  • 52-an SM
  • 51-an SM
  • 50-an SM
Kategori: Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran


Abad ke-6 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 600 SM hingga 31 Disember 501 SM dalam kalendar Gregory.


Gambaran keseluruhan

Monumen 1, kepala raksasa Olmec di La Venta
Solon, pencipta Perlembagaan Solon di Athens yang menggabungkan unsur-unsur pertama demokrasi sivil formal di sejarah dunia.
Fail:Embbleemm.jpg
Lambang Griffin, salah satu lambang Empayar Parsi yang diasaskan oleh Cyrus Agung.
  • Mediterranean: Permulaan falsafah Yunani yang berkembang maju pada sepanjang abad ke-5 SM.
  • Tempoh Budaya Hallstatt Akhir di Eropah Timur dan Tengah, serta Zaman Gangsa Akhir di Eropah Utara.
  • Asia Timur: Falsafah Cina menjadi sebuah "agama" di China. Konfusianisme, Taoisme, ultrakeundangan, dan Moisme berkembang maju pada tempoh yang digelar Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh di China.
  • Timur Tengah: Semasa empayar Parsi, Zoroaster (juga dikenali sebagai Zarathustra) mengasaskan Zoroastrianisme, sebuah falsafah duaan. Ini juga merupakan tempoh penawanan orang-orang Yahudi kuno di Babylon.
  • India: Buddha dan Mahavira masing-masing mengasaskan agama Buddhisme dan Jainisme yang mencabar agama Hinduisme dan sistem kasta.
  • Kemerosotan peradaban Olmec di Amerika.

Peristiwa

  • Pertengahan abad ke-6 SM - Asas Candi Zeus Olympia (Athens) dibuat.
  • 598 SM - Jehoiachin mewarisi Jehoiakim sebagai raja Judah.
  • 16 Mac 597 SM - Babylonia menawan Jerusalem, dan menggantikan Jehoiachin dengan Zedekiah sebagai raja.
  • 595 SM - Psammetichus II mewarisi Necho II sebagai raja Mesir.
  • 594 SM - Solon dilantik sebagai arkon Athens, dan memulakan reformasi demokrasi.
  • 590 SM - Angkatan tentera Mesir menjarah Napata, dan memaksa pemindahan istana Cush ke tempat yang lebih selamat di Meroe yang terletak berhampiran dengan riam keenam (sejarah awal Sudan).
  • 589 SM - Apries mewarisi Psammetichus II sebagai raja Mesir.
  • 588 SM - Nebuchadrezzar II dari Babylon memulakan pengepungan Jerusalem; opera Nabucco menetapkan tarikh ini sebagai tahun 587 SM.
  • 587/586 SM - Jerusalem jatuh kepada Babylonia, dan mengakhiri Kemaharajaan Judah. Para penakluk memusnahkan Candi di Jerusalem dan membuang penduduk-penduduk yang tinggal. Penawanan di Babylonia untuk orang-orang Yahudi bermula.
  • 586 SM - Penjelmaan semula Raja Ding dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
  • 28 Mei 585 SM - Sebuah gerhana suria terjadi, sebagaimana yang diramalkan oleh Thales, semasa Alyattes II bertempur dengan Cyaxares, dan menyebabkan kedamaian sementara. Tarikh ini merupakan salah satu tarikh kardinal yang dipergunakan untuk menghitung tarikh-tarikh yang lain.
  • 585/584 SM - Astyages mewarisi Cyaxares sebagai raja Medes.
  • 585 SM - Raja Jian dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 582 SM - Sukan Pythia diasaskan di Delphi (tarikh tradisional).
  • 580 SM - Cambyses I mewarisi Cyrus I sebagai raja Anshan dan ketua dinasti Achaemenid (tarikh anggaran).
  • 580 SM - Sukan Isthmia diasaskan di Corinth (tarikh tradisional).
  • 579 SM - Servius Tullius mewarisi Lucius Tarquinius Priscus yang dibunuh sebagai raja Rom (tarikh tradisional).
  • 573 SM - Sukan Nemea diasaskan di Nemea (tarikh tradisional).
  • 572 SM - Kemangkatan Raja Jian dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
  • 571 SM - Raja Ling dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 570 SM - Amasis II mewarisi Apries sebagai raja Mesir.
  • 568 SM - Amtalqa mewarisi abangnya, Aspelta, sebagai raja Kush.
  • 562 SM - Amel-Marduk mewarisi Nebuchadnezzar sebagai raja Babylon.
  • 560 SM - Neriglissar mewarisi Amel-Marduk sebagai raja Babylon.
  • 560/561 SM - Croesus menjadi raja Lydia.
  • 560 SM - Pisistratus merampas Akropolis Athens dan mengisytiharkan diri sebagai penzalim, tetapi digulingkan pada tahun yang sama.
  • 550-an SM - Carthage menaklukkan Sicily, Sardinia, dan Corsica.
  • 559 SM - Raja Cambyses I dari Anshan mangkat dan diwarisi oleh anak lelakinya, Cyrus II Agung.
  • 558 SM - Hegesias disingkirkan dari jawatan arkon Athens.
  • 558 SM - Negeri Jin di China menewaskan negeri pesaing Qin dalam pertempuran.
  • 556 SM - Pisistratus dibuang negeri dari Athens ke Euboea.
  • 556 SM - Labashi-Marduk mewarisi Neriglissar sebagai raja Babylon.
  • 556/555 SM - Nabonidus mewarisi Labashi-Marduk sebagai raja Babylon.
  • 550 SM - Abdera dimusnahkan oleh angkatan tentera Thrace.
  • 550 SM - Cyrus dari Anshan menggulingkan Astyages dari Medes, dan mengasaskan Empayar Parsi.
  • 547 SM -- Croesus, raja Lydia, ditewaskan oleh Cyrus dari Parsi dekat Sungai Halys.
  • 546 SM -- Cyrus dari Parsi menyiapkan penaklukkannya terhadap Lydia, dan menjadikan Pasargadae sebagai ibu kotanya.
  • 544 SM -- Orang-orang Teos berhijrah ke Abdera, Thrace untuk melarikan diri daripada belenggu Parsi.
  • 544 SM -- Raja Jing dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 543 SM -- Vijaya, putera India Utara, menyerang Ceylon dan mengasaskan sebuah dinasti Sinhalese.
  • 543 SM -- Pisistratus, penzalim Athens, menyucikan pulau Delos (tarikh anggaran).
  • 540 SM -- Kota Elea, Yunani di Itali selatan kini diasaskan (tarikh anggaran).
  • 540 SM -- Parsi menaklukkan kota Xanthos di Lycia yang kini berada di Turki selatan (tarikh anggaran).
  • 539 SM - Babylon ditaklukkan oleh Cyrus Agung yang menewaskan Nabonidus.
  • k.k. 538 SM - Kepulangan sesetengah orang Yahudi dari buangan Babylon. Mereka kemudian membina Candi Kedua antara tahun 520 SM–516 SM, lebih kurang tujuh puluh tahun selepas kemusnahan Candi Pertama.
  • 537 SM - Orang-orang Yahudi yang diangkut ke Babylon dibenarkan kembali ke Jerusalem dan dengan itu, menamatkan penawanan di Babylon.
  • 536 SM - Menurut tradisi, Daniel, nabi Bible, menerima mengadap malaikat (sila lihat Daniel 10:4)
  • 534 SM - Lucius Tarquinius Superbus menjadi raja Rom.
  • 534 SM - Pertandingan-pertanding drama tragedi dimulakan di perayaan Kota Dionysia di Athens.
  • 530 SM - Cambyses II mewarisi Cyrus sebagai raja Parsi.
  • 528 SM - Gautama Buddha mencapai Makrifat, dan memulakan pengkhutbahannya. Beliau mengasaskan Buddhisme, sebuah agama dunia yang utama, di India.
  • 526 SM - Psammetichus III mewarisi Amasis II sebagai raja Mesir.
  • 525 SM - Cambyses II, raja Parsi, menaklukkan Mesir selepas menewaskan Psammetichus III. Ini telah dianggap sebagai keakhiran Dinasti Kedua Puluh Enam, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh Enam.
  • 522 SM - Smerdis mewarisi Cambyses II sebagai raja Parsi.
  • 522 SM - Babylon memberontak terhadap pemerintahan Parsi.
  • 521 SM - Darius I mewarisi Smerdis sebagai raja Parsi.
  • 521 SM - Pemberontakan Babylonia terhadap pemerintahan Parsi ditumpaskan.
  • 520 SM - Raja Dao dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China, tetapi mangkat sebelum hujung tahun ini.
  • 520 SM - Cleomenes I mewarisi Anaxandridas sebagai raja Sparta (tarikh anggaran).
  • 519 SM - Raja Jing dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 516 SM - Subbenua India: Pendudukan Punjab disiapkan oleh Raja Gustasp, raja Parsi.
  • 12 Mac 515 SM - Pembinaan Kuil di Jerusalem disiapkan.
  • 514 SM - Raja Helu dari Wu mengasaskan "Kota Agung Helu", nama kuno untuk Suzhou, sebagai ibu kotanya di China.
  • 513 SM - Darius Agung menewaskan Getae dan Thrace timur dalam perangnya terhadap tentera Scythia.
  • 510 SM - Hippias, anak lelaki Pisistratus dan penzalim Athens, digulingkan dalam pemberontakan umum yang disokong oleh Cleomenes I, raja Sparta, dan angkatan tenteranya.
  • 510 SM - Keakhiran pemerintahan Lucius Tarquinius Superbus, raja terakhir antara tujuh Raja Rom yang tradisional.
  • 510 SM - Pengasasan Republik Rom.
  • 510 SM - Demaratus mewarisi Ariston sebagai raja Sparta (tarikh anggaran)
  • 13 September 509 SM - Kuil Jupiter di Bukit Capitoline, Rom ditahbiskan pada ides September.
  • 508 SM - Jawatan pontifex maximus dicipta di Rom.
  • 507 SM - Cleisthenes, reformis Yunani, berkuasa dan meningkatkan demokrasi.
  • 506 SM - Perang Bai ju: Angkatan tentera Kemaharajaan Wu di bawah Sun Tzu menewaskan angkatan tentera Chu.
  • 505 SM - Pemilihan pasangan konsul Rom yang pertama.
  • 4 Disember 502 SM - Gerhana suria menggelapkan Mesir (tarikh terhitung; tidak terdapat sebarang pencerapan rekod sejarah yang jelas).
  • 502 SM - Liga Latin menewaskan Etruska di bawah Lars Porsenna di Aricia.
  • 502 SM - Naxos memberontak terhadap penguasaan Parsi dan mencetuskan Pemberontakan Ionia.
  • 501 SM - Cleisthenes membaharui demokrasi di Athens.
  • 501 SM - Naxos diserang oleh Empayar Parsi.
  • 501 SM - Sebagai balasan terhadap ancaman oleh Sabine, Rom mencipta jawatan diktator.
  • 501 SM - Confucius dilantik sebagai gabenor Chung-tu.
  • 501 SM - Gadir (di Cádiz kini) ditawan oleh Carthage (tarikh anggaran).
  • 500 SM - Orang-orang yang bertuturan bahasa Bantu berhijrah ke Uganda barat daya dari barat (tarikh anggaran).
  • 500 SM - Pelarian dari Teos menetap semula di Abdera.
  • 500 SM - Darius I dari Parsi mengisytiharkan bahasa Aramia sebagai bahasa rasmi separuh barat empayarnya.
  • 500 SM - Tarikh ini menandakan keakhiran peradaban Zaman Gangsa Nordik dalam sistem penzamanan Oscar Montelius dan permulaan Zaman Besi Pra-Rom.
  • 500 SM - Pengasasan republik pertama di Vaishali, Bihar, India.
  • 500-an SM - Puak Gutaii bermula pada sekitar masa ini di Afrika Tengah dan Selatan.
  • Parsi mula merampas kuasa.
  • Parsi menguasai Mediterranean timur.
  • Parsi di bawah Darius I dan kemudian di bawah Cyrus menyerang Transoxiana.
  • Empayar perdagangan Carthage beransur-ansur menguasai Mediterranean barat.
  • Daode Jing ditulis (tarikh anggaran).
  • Confucius merumuskan sistem etika Konfusianisme yang terbukti menjadi amat berpengaruh di China.
  • Orang-orang Sinhalese berhijrah ke Sri Lanka.
  • Tarikh ketara untuk penulisan Buku Psalm.
  • Nabi Lehi meninggalkan Jerusalem dan menetap di Amerika Syarikat, menurut Buku Mormon.
  • Abkhazia dijajah oleh Yunani.
  • Bruthin Celt atau Priteni, menyerang Britain dan Ireland, Kepulauan British pada sekitar tempoh sebelum abad ke-5 SM.
  • Kemunculan budaya Jastorf Proto-Germanik.
  • Candi, Selinus, Sicily, dibina.

Tokoh-tokoh

Perekaan, penemuan, dan pengenalan


600-an SM 609 SM 608 SM 607 SM 606 SM 605 SM 604 SM 603 SM 602 SM 601 SM 600 SM
590-an SM 599 SM 598 SM 597 SM 596 SM 595 SM 594 SM 593 SM 592 SM 591 SM 590 SM
580-an SM 589 SM 588 SM 587 SM 586 SM 585 SM 584 SM 583 SM 582 SM 581 SM 580 SM
570-an SM 579 SM 578 SM 577 SM 576 SM 575 SM 574 SM 573 SM 572 SM 571 SM 570 SM
560-an SM 569 SM 568 SM 567 SM 566 SM 565 SM 564 SM 563 SM 562 SM 561 SM 560 SM
550-an SM 559 SM 558 SM 557 SM 556 SM 555 SM 554 SM 553 SM 552 SM 551 SM 550 SM
540-an SM 549 SM 548 SM 547 SM 546 SM 545 SM 544 SM 543 SM 542 SM 541 SM 540 SM
530-an SM 539 SM 538 SM 537 SM 536 SM 535 SM 534 SM 533 SM 532 SM 531 SM 530 SM
520-an SM 529 SM 528 SM 527 SM 526 SM 525 SM 524 SM 523 SM 522 SM 521 SM 520 SM
510-an SM 519 SM 518 SM 517 SM 516 SM 515 SM 514 SM 513 SM 512 SM 511 SM 510 SM
500-an SM 509 SM 508 SM 507 SM 506 SM 505 SM 504 SM 503 SM 502 SM 501 SM 500 SM
490-an SM 499 SM 498 SM 497 SM 496 SM 495 SM 494 SM 493 SM 492 SM 491 SM 490 SM