Bahasa suci

Bahasa suci ialah bahasa, biasanya bahasa pupus, yang disemai untuk tujuan keagamaan oleh masyarakat yang bertutur dalam bahasa lain dalam kehidupan seharian. Tradisi-tradisi yang dibabitkan dalam upacara keagamaan atau liturgi selalunya memberi tempat kepada bentuk-bentuk purba sesuatu bahasa.

Kegunaan

Penggunaan bahasa suci melambangkan perkembangan lanjut amalan ini. Dalam pada itu, bahasa telah amat banyak berbeza daripada bahasa kitab suci sehingga bahasa liturgi lama tidak lagi dapat difahami tanpa latihan khas. Agama-agama yang dibawa golongan mubaligh dan penziarah kemudian boleh menyebarkan bahasa-bahasa lama itu kepada rakyat jelata yang tidak pernah menuturnya, dan memandangnya sebagai bahasa asing. Apabila sesuatu bahasa itu dikaitkan dengan ibadat, maka para penikutnya sering memahami kesucian pada bahasa ibadah yang tidak diserap ke dalam bahasa ibunda mereka. Bahasa suci itu biasanya diberikan penuh ketakziman dan matabat yang tiada dalam pertuturan seharia. Usaha melatih para paderi menggunakan dan memahami bahasa suci menjadi pelaburan budaya yang penting. Penggunaan bahasa ini membolehkan mereka mencapai sejumlah ilmu yang tidak boleh difahami rakyat jelata.

Senarai bahasa-bahasa suci

  • Bahasa Arab Klasik dijadikan satu-satunya bahasa jati al-Qur'an oleh umat Islam dan banyak berbeza daripada pelbagai bentuk loghat Arab yang ditutur pada masa kini.
  • Bahasa Avesta ialah bahasa yang terdapat dalam bab-bab terlama Avesta, iaitu kitab suci Zoroastrianisme.
  • Bahasa Cina Klasik ialah bahasa kesusasteraan Cina purba serta juga bahasa kitab-kitab fahaman Confucius, Taoisme, dan juga kitab-kitab suci agama Buddha Mahayana di Asia Timur, dan juga banyak berbeza daripada dialek-dialek Cina yang ditutur masa kini.
  • Bahasa Etruska dipupuk untuk tujuan sihir dalam Empayar Rom.
  • Bahasa Ge'ez, iaitu leluhur kepada kebanyakan bahasa Semitik Habsyah (cth. Amharik, Tigrinya, Tigre) digunakan sebagai bahasa suci oleh orang Kristian Habsyah (di gereja-gereja Tewahedo Ortodoks dan Katolik).
  • Bahasa Ibrani ialah bahasa kitab Torah yang digunakan dalam liturgi agama Yahudi.
  • Bahasa Latin Gereja ialah bahasa rasmi Gereja Katolik Rom. Gereja Rom diperhatikan menggunakan bahasa Yunani dalam upacaranya sehingga abad keempat Masihi. Pada zaman pemerintahan paus Santo Damasus I, bahasa Latin diterapkan ke dalam liturgi di Rom (namun begitu, beberapa istilah bahasa Ibrani dan Yunani dikekalkan). Pengamalan bahasa Latin dipupuk lagi apabila versi Vetus Latina Kitab Injil disunting dan separanya diterjemah semula daripada catatan asli bahasa Ibrani dan Yunani oleh Santo Jerome dalam Vulgatenya. Bahasa Pali ialah bahasa asal agama Buddha Theravada.
  • Bahasa Punjabi Klasik merupakan bahasa kitab suci agama Sikh yang tidak kurang bezanya berbanding pelbagai dialek Punjabi yang wujud pada masa kini.
  • Bahasa Qibti, satu bentuk bahasa Mesir purba, digunakan oleh gereja-gereja Ortodoks dan Katolik Qibti.
  • Bahasa Sanskrit iaitu bahasa kitab-kitab Veda dan kitab-kitab Hindu yang lain serta juga bahasa asal agama Buddha Mahayana dan agama Jain.
  • Bahasa Suryani digunakan sebagai bahasa suci oleh penganut agama Kristian Suryani.
  • Bahasa Yunani Koine memainkan peranan serupa dalam agama Kristian Yunani dan agak berbeza daripada Bahasa Yunani moden, namun ia masih boleh difahami sedikit oleh penutur bahasa Yunani moden.

Lihat juga