Glyptemys

Glyptemys
Julat zaman: 0–0 Ma
PreЄ
Є
O
S
D
C
P
T
J
K
Pg
N
Neogene(Pleistocene) - Recent[1]
Kura-kura Rawa
Glyptemys muhlenbergii
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Subkeluarga: Emydinae
Genus: Glyptemys
Agassiz, 1857
Spesies
  • Glyptemys insculpta
  • Glyptemys muhlenbergii

Glyptemys ialah genus kura-kura dalam keluarga Emydidae. Ia mengandungi dua spesies, iaitu Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu, kedua-duanya berasal (endemik) dari Amerika Utara. Dahulunya, kedua-dua spesies kura-kura ini pernah dikelaskan ke dalam genus Clemmys, yang kini hanya mempunyai satu sahaja spesies, iaitu Kura-kura Bintik.

Kura-kura ini boleh membesar sehingga 8.9 dan 20 cm (3.5 dan 7.9 inci). Mereka bersifat semiakuatik, walaupun sifatnya bergantung kepada musim. Sifat-sifat Morfologi mereka adalah unik berbanding spesies lain.

Kura-kura Glyptemys mendiami kawasan rawa, tasik dan sungai yang mengalir perlahan. Mereka menjadikan serangga, tumbuh-tumbuhan, invertebrata kecil sebagai makanan. Kura-kura ini dilindungi habitatnya.

Taksonomi

Kini, dua spesies dikelaskan dalam genus ini, merangkumi:

  • Glyptemys insculpta (LeConte, 1830) — Kura-kura Kayu
  • Glyptemys muhlenbergii (Schoepff, 1801) — Kura-kura Rawa

Sebelum tahun 2001, Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu ditempatkan ke dalam genus Clemmys, kemudian dipindahkan ke dalam genus terbaharu, Glyptemys, selepas kajian analisis morfologikal dan genetik menunjukkan bahawa mereka lebih menghampiri genus Kura-kura Bintik.[2] Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu berkongsi genetik yang serupa, menjadikan mereka berbeza berbanding Kura-kura Bintik, genus Clemmys.[3] Kura-kura Kolam Barat dahulunya juga ahli dari genus Clemmys, dan kemudiannya dipindahkan ke genus Actinemys.[4] Kura-kura Glyptemys mempunyai 50 kromosom kariotip.[5][6]

Antara nama-nama vernakular (tempatan) lain bagi Kura-kura Rawa ialah mud turtle, marsh turtle, yellowhead, dan snapper[7] Manakala Kura-kura Kayu juga dikenali sebagai sculptured tortoise, red-legged tortoise, atau redleg.[2]

Ciri-ciri

Walaupun kura-kura Glyptemys tidak sama saiz, namun mereka berkongsi sesetengah morfologi dan sifat-sifat genetik yang serupa. Walaupun kura-kura Glyptemys tidak sama saiz, namun mereka berkongsi sesetengah morfologi dan sifat-sifat genetik yang serupa.
Walaupun kura-kura Glyptemys tidak sama saiz, namun mereka berkongsi sesetengah morfologi dan sifat-sifat genetik yang serupa.

Kura-kura Glyptemys mempunyai saiz yang sederhana dan kecil:[2][8] Kura-kura Rawa jantan membesar sehingga 9.4 cm (3.7 in) dan betina pula 8.9 cm (3.5 in)[8] manakala kura-kura Kayu sama ada jantan atau betinanya membesar sehingga 14 hingga 20 cm (5.5 hingga 7.9 in).[9] Kura-kura Rawa boleh mencapai berat sehingga 110 g (3.9 oz)[10] dan kura-kura Kayu pula sekitar 1 kg (2.2 lb) apabila matang.[11] Kura-kura Rawa dikenali daripada saiznya yang kecil, mempunyai tanda cerah pada kedua-dua lehernya[7] manakala Kura-kura Kayu pula kepalanya berwarna kelabu atau hitam gelap, dan ventralnya berwarna jingga cerah.[2]

Taburan dan Habitat

Taburan Kura-kura Kayu (kiri) memanjang ke utara berbanding Kura-kura Rawa (kanan) Taburan Kura-kura Kayu (kiri) memanjang ke utara berbanding Kura-kura Rawa (kanan)
Taburan Kura-kura Kayu (kiri) memanjang ke utara berbanding Kura-kura Rawa (kanan)

Kura-kura Glyptemys wujud di timur Amerika Utara. merangkumi selatan Nova Scotia ke Georgia dan dari barat Nova Scotia ke Minnesota.[6][12] Mereka bersifat semiakuatik dan banyak dijumpai di rawa, kawasan berair[13] dan sungai kecil, yang dasarnya berpasir.[14]

Sejarah evolusi

Semasa akhir zaman ais, Pleistocene, kura-kura Glyptemys terpaksa menuju ke hemisfera selatan disebabkan paras glasiers meningkat di sebelah utara. Selepas proses glasiasi, sesetengah koloni kura-kura kekal mendiami kawasan utara, manakala sesetengah koloni yang lain terus mendiami bahagian selatan hemisfera bumi. Disebabkan itu, terdapat fosil dari zaman Rancholabrean (300,000 ke 11,000 tahun dahulu) dijumpai di Georgia dan Tennessee, yang berada di selatan, iaitu jauh berbanding kawasan utara, kediaman asal mereka.[1][15]

Ekologi

Kura-kura ini bersifat diurnal dan menjadi aktif pada waktu pagi.[1][16] Ketika suasana sejuk di siang hari, mereka menghabiskan masa di dalam air. Namun, Kura-kura Rawa cenderung bersembunyi di balik daun-daun semak atau belukar untuk menanam dirinya.[17] Kadangkala mereka juga melakukan Estivasi apabila cuaca terlalu panas.[14][18]

Pemuliharaan

Kedua-dua spesies adalah haiwan yang dilindungi. Kura-kura Rawa diletakkan dalam senarai Haiwan Terancam,[19] manakala Kura-kura Kayu dianggap sebagai haiwan terjejas.[20]

Rujukan

Nota
Nota kaki
  1. ^ a b c Ernst 2009, halaman 265
  2. ^ a b c d Bowen 2004, halaman 5
  3. ^ Ernst 2009, halaman 262
  4. ^ Bickham 2007, halaman 74
  5. ^ Ernst 2009, halaman 269
  6. ^ a b Ernst 2009, halaman 251
  7. ^ a b Bloomer 2004, halaman 1–2
  8. ^ a b Bloomer 2004, halaman 2
  9. ^ NHESP 2007, halaman 1
  10. ^ "Bog Turtle". Department of Environmental Protection. State of Connecticut. 2002. Dicapai pada 2009-09-19.
  11. ^ COSEWIC 2007, halaman iv
  12. ^ Shiels 2007, halaman 24
  13. ^ Walton 2006, halaman 26
  14. ^ a b Bowen 2004, halaman 4
  15. ^ Ernst 2009, halaman 250
  16. ^ Ernst 2009, halaman 253
  17. ^ "Bog Turtle – Fact Sheet" (PDF). North Carolina Wildlife Resource Commission. 2006. Dicapai pada 2009-09-19.
  18. ^ Ernst 2009, halaman 266
  19. ^ "Glyptemys muhlenbergii". The IUCN Red List of Threatened Species. Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. 2010-11-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  20. ^ "Glyptemys insculpta". The IUCN Red List of Threatened Species. Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. 2010-11-27. Dicapai pada 2010-11-27.
Bibliografi
  • Bickham, John; James Parham; Hans-Dieter Philippen; Andres Rhodin; Bradley Shaffer; Phillip Spinks; Peter Paul Van Dijk (2007). "Turtle Taxonomy: Methodology, Recommendations, and Guidelines" (PDF). Chelonian Research Monographs: 73–84. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-06-10. Dicapai pada 2010-11-27. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Bloomer, Tom J. (2004) [1970]. The Bog Turtle, Glyptemys muhlenbergii... A Natural History (PDF). Gainesville, Florida: LongWing Press. OCLC 57994322. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-30. Dicapai pada 2008-12-17. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bowen, Kenneth; James C. Gillingham (2004). "R9 Species Conservation Assessment for Wood Turtle – Glyptemys insculpta (LeConte, 1830)" (PDF). Dicapai pada 2010-05-12.
  • Ernst, C. H.; Lovich, J. E. (2009). Turtles of the United States and Canada (ed. 2). JHU Press. m/s. 250–271. ISBN 978-0-8018-9121-2.
  • Shiels, Andrew L. (2007). "Bog Turtles Slipping Away" (PDF). Nongame and Endangered Species Unit. Commonwealth of Pennsylvania, Fish and Boat Commission. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-30. Dicapai pada 2010-05-29. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Smith, Erika (October 2006). "Bog Turtle" (PDF). National Resources Conservation Service. Dicapai pada 2010-01-09.[pautan mati kekal]
  • Walton, Elizabeth M. (2006). "II. Literature Review". Using Remote Sensing and Geographical Information Science to Predict and Delineate Critical Habitat for the Bog Turtle, Glyptemys muhlenbergii (PDF) (Tesis). University of North Carolina at Greensboro. Dicapai pada 2010-04-09.
  • "Wood Turtle Glyptemys insculpta" (PDF). nhesp.org. Natural Heritage & Endangered Species Program. 2007. m/s. 1–3. Dicapai pada 2010-05-11.
  • "Assessment and Update Status Report on the Wood Turtle Glyptemys insculpta in Canada" (PDF). Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada. 2007. m/s. iv-42. Dicapai pada 2010-05-16.
  • l
  • b
  • s
Keluarga Emydidae
Genus
Spesies dari subkeluarga Deirochelyinae
Northern red-bellied cooter(Pseudemys rubriventris)
Chrysemys
Deirochelys
Graptemys
Malaclemys
Pseudemys
  • Kuta Dada Merah Alabama
  • Kuta Dada Merah Utara
  • Kuta Dada Merah Florida
  • Kuta Semenanjung
  • Kuta Rio Grande
  • Kuta Sungai Timur
  • Kuta SungaiTexas
Trachemys
  • Big Bend slider
  • Baja California slider
  • Central Antillean slider
  • Colombian slider
  • Cuatro Cienegas slider
  • Cuban slider
  • D'Orbigny's slider
  • Hispaniolan slider
  • Jamaican slider
  • Maranhão slider
  • Meso-American slider
  • Nicaraguan slider
  • Ornate slider
  • Pond slider
  • Yaqui slider
Spesies dari subkeluarga Emydinae
Clemmys
  • Kura-kura Bintik
Emys
  • Kura-kura Blanding
  • Kura-kura Kolam Eropah
  • Kura-kura Kolam Sicily
  • Kura-kura Kolam Barat
Glyptemys
  • Kura-kura Rawa
  • Kura-kura Kayu
Terrapene
  • Kura-kura Katup Coahuilan
  • Kura-kura Katup Carolina
  • Kura-kura Katup Ornata
  • Kura-kura Katup Bintik
Susunan filogenetik berdasarkan turtles of the world 2011 update: annotated checklist.
Spesies dan subspesies yang pupus (Gyremys sectabilis) tidak disertakan.
  • l
  • b
  • s
Taksonomi penyu, kura-kura dan labi-labi
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Kriptodira
 
Chelydridae
 
Chelonioidea
Cheloniidae
Carettinae
Cheloniinae
Dermochelyidae
 
Kinosternoidea
Dermatemydidae
 
Kinosternidae
Kinosterninae
Staurotypinae
Testudinoidea
Emydidae
Deirochelyinae
Emydinae
Geoemydidae
Geoemydinae
Rhinoclemmydinae
 Platysternidae
 
Testudinidae
 
Trionychia
Carettochelyidae
 
Trionychidae
Cyclanorbinae
Trionychinae
Pleurodira
 
Chelidae
Chelinae
Chelodininae
Hydromedusinae
Pelomedusidae
 
Podocnemididae
 
  • Susunan filogenetik berdasarkan Turtles of the World, 2012 Update. Tidak termasuk ahli Testudines yang pupus.

Templat:Glyptemys

Pengenalpastian takson