IERS

International Earth Rotation and Reference Systems Service
The IERS logo
Logo IERS
Kerangka
KependekanIERS
Jenis/bentuk sahPertubuhan antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.iers.org/
Sejarah
PendahuluInternational Time Bureau Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1987 Sunting ini di Wikidata
PengasasKesatuan Astronomi Antarabangsa, International Union of Geodesy and Geophysics Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Khidmat Putaran Bumi dan Sistem Rujukan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Earth Rotation and Reference Systems Servicecode: en is deprecated , IERS), merupakan lembaga yang berperanan memelihara piawaian waktu dan rangka rujukan sedunia, terutama sekali menerusi kumpulan Parameter Orientasi Bumi (Earth Orientation Parameter, EOP) dan Sistem Rujukan Cakerawala Antarabangsa (International Celestial Reference System, ICRS).

Sejarah

IERS ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa dan Kesatuan Geodesi dan Geofizik Antarabangsa sebagai pengganti Perkhidmatan Pergerakan Kutub Antarabangsa (International Polar Motion Service, IPMS) dan juga bahagian putaran bumi Biro Waktu Antarabangsa (Bureau International de l'Heure, BIH). Lembaga ini mula beroperasi pada 1 Januari 1988. Semenjak diperkenalkan, IERS telah menubuhkan biro-biro baru termasuk pusat penyelarasan GPS pada tahun 1990, pusat penyelerasan DORIS pada tahun 1994 dan pusat penyelarasan GGF pada tahun 1998.

Fungsi

IERS terdiri daripada pelbagai komponen yang didirikan di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Antara lain-lain fungsinya, IERS bertanggungjawab mengumumkan saat lompat.

Biro Kecil Perkhidmatan Pantas dan Ramalan Parameter Orientasi Bumi IERS yang terletak di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat mengawasi putaran Bumi. Antara misinya adalah menentukan skala waktu berasaskan kadar semasa putaran Bumi. Lain-lain perkhidmatan IERS dijalankan di Balai Cerap Paris.

UT1 merupakan waktu tak seragam yang ditentukan berasaskan putaran Bumi.

Lihat juga

  • Waktu Atom Antarabangsa
  • Waktu Semesta Berkoordinat
  • Putaran bumi, ΔT

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • (Inggeris) (Perancis) (Rusia) Earth Orientation Center of the IERS : data and interactive analysis (Paris Observatory)
  • (Inggeris) (Perancis) International Celestial Reference Frame of the IERS
  • l
  • b
  • s
Ukuran dan piawaian waktu
Subjek utama
  • Masa
  • Kronometri
  • Turutan magnitud
  • Metrologi
Piawaian antarabangsa
Piawaian lampau
Masa dalam fizik
Horologi
Takwim
Kaji purba dan kaji bumi
Kronologi astronomi
Unit masa
Topik berkaitan