Jalur Zuhrah

Bulan dilihat melalui Jalur Zuhrah. Perhatikan bahawa Bulan purnama adalah berdekatan bahagian tengah medan pandangan, yang bermaksud bahawa matahari mesti berada di belakang kamera, hanya di bawah kaki langit.

Jalur Zuhrah atau Sabuk Kejora atau Baji Aram[1] merupakan fenomena atmosfera dilihat tidak lama sebelum matahari terbit atau sejurus selepas matahari terbenam. Pemerhati dikelilingi oleh cahaya merah jambu (atau gerbang anti-senja) yang menjangkau lebih kurang 10°–20° di atas ufuk.

Seperti alpenglow, penghamburan cahaya matahari merah juga mewujudkan Jalur Zuhrah tetapu tidak seperti Jalur Zuhrah, pencahayaan langsung awan dan aerosol yang mewujudkan teja yang menyifatkan alpenglow berlegar rendah di atmosfera dan mewujudkan sebuah jalur mendatar merah yang boleh dilihat hanya selepas matahari terbenam atau sebelum terbit matahari. Tidak seperti alpenglow, cahaya matahari dibiaskan dalam zarah debu halus yang mewujudkan gerbang merah jambu cerah Jalur Zuhrah berlegar tinggi di atmosfera dan mengekalkannya lama selepas matahari terbenam atau lama sebelum matahari terbit. Secara tidak langsung, Jalur Zuhrah ialah alpenglow yang benar boleh dilihat pada waktu aram-temaram berhampiran titik anti suria.

Selalunya, cahaya dipisahkan dari ufuk oleh lapisan gelap, bayang-bayang Bumi atau "segmen gelap." Warna merah jambu terang gerbang adalah disebabkan oleh penghamburan cahaya merah dari matahari yang menerbit atau membenam. Kesan yang sangat serupa dapat dilihat semasa gerhana matahari penuh. Cahaya zodiak, yang disebabkan oleh pantulan cahaya matahari dari debu antara planet dalam sistem suria, juga merupakan fenomena yang sama.

Galeri

  • ALMA dan Chajnantor semasa aram-temaram. Terletak di antara kedua-dua kumpulan antena ialah bayang-bayang Bumi dan fenomena Jalur Zuhrah.[2]
    ALMA dan Chajnantor semasa aram-temaram. Terletak di antara kedua-dua kumpulan antena ialah bayang-bayang Bumi dan fenomena Jalur Zuhrah.[2]
  • Bulan penuh naik berhampiran Linz, Austria. Diperhatikan melalui Jalur Zuhrah.
    Bulan penuh naik berhampiran Linz, Austria. Diperhatikan melalui Jalur Zuhrah.
  • Jalur Zuhrah pada 42,000 kaki (13,000 m)
    Jalur Zuhrah pada 42,000 kaki (13,000 m)
  • Jalur Zuhrah dirakam atas tasik di Seattle, Washington.
    Jalur Zuhrah dirakam atas tasik di Seattle, Washington.

Lihat juga

  • Sinaran antikrepuskular
  • Pembiasan atmosfera
  • Jam biru
  • Bayang-bayang Bumi
  • Jam emas

Rujukan

  1. ^ http://www.weatherscapes.com/album.php?cat=optics&subcat=twilight_wedge
  2. ^ "ALMA and Chajnantor at Twilight". ESO Picture of the Week. Dicapai pada 18 January 2014.
  • Naylor, John (2002). Out of the blue : a 24-hour skywatcher's guide. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 72. ISBN 0-521-80925-8.

Pautan luar

  • Templat:APOD
  • Templat:APOD
  • Shadow of Earth, Belt of Venus as seen over Half Dome, Yosemite National Park, displayed in an interactive panorama. Scroll to the very bottom of the post to view, after all other Yosemite panoramas.
  • l
  • b
  • s
Bahagian hari
Waktu Subuh di Taritari (Nueva Esparta, Venezuela)
Matahari terbenam di Knysna (Western Cape, South Africa)