Jijeung dari Silla

Jijeung dari Silla
Hangul지증왕code: ko is deprecated
Hanja智證王code: ko is deprecated
Perumian SemakanJijeung wang
McCune–ReischauerChijŭng wang
Nama lahir
Hangul김지대로code: ko is deprecated
Hanja金智大路 or 金智度路code: ko is deprecated
Perumian SemakanGim Jidaero
McCune–ReischauerKim Chidaero
Raja-raja Korea
Silla
(Pra-penyatuan)
  1. Hyeokgeose 57 SM – 4 M
  2. Namhae 4–24
  3. Yuri 24–57
  4. Talhae 57–80
  5. Pasa 80–112
  6. Jima 112–134
  7. Ilseong 134–154
  8. Adalla 154–184
  9. Beolhyu 184–196
  10. Naehae 196–230
  11. Jobun 230–247
  12. Cheomhae 247–261
  13. Michu 262–284
  14. Yurye 284–298
  15. Girim 298–310
  16. Heulhae 310–356
  17. Naemul 356–402
  18. Silseong 402–417
  19. Nulji 417–458
  20. Jabi 458–479
  21. Soji 479–500
  22. Jijeung 500–514
  23. Beopheung 514–540
  24. Jinheung 540–576
  25. Jinji 576–579
  26. Jinpyeong 579–632
  27. Seondeok 632–647
  28. Jindeok 647–654
  29. Muyeol 654–661
  • l
  • b
  • s

Jijeung dari Silla (Jawi: راج جيجوڠcode: ms is deprecated ; Hangul: 지증왕; 437–514; memerintah 500–514) ialah raja ke-22 kerajaan Silla Korea. Baginda dikenang kerana memperkuat kekuasaan kerajaan dan membangun Silla menjadi kerajaan terpusat.

Seperti banyak raja Silla, Jijeung mempunyai darah diraja di kedua-dua belah pihak. Ayahandanya ialah Galmunwang Kim Seup-bo, yang merupakan cucunda Naemul Isageum. Ibundanya ialah Puan Besar Josaeng, anak perempuan Nulji Isageum.

Jijeung memulai program reformasi pemerintahannya pada tahun 502, apabila baginda melarang kebiasaan menguburkan hamba dengan tuan mereka. Pada tahun 503, baginda secara rasmi menetapkan nama negara itu sebagai "Silla," yang sebelumnya telah diwakili oleh pelbagai aksara Cina. Pada masa yang sama, baginda mengambil gelaran wang, yang bermaksud "raja"; sebelum ini baginda telah mendapat gelaran maripgan iaitu gelaran Silla yang asli.

Jijeung meneruskan pada tahun-tahun berikutnya dengan pembaharuan pakaian istiadat pada tahun 504 dan pentadbiran tempatan pada tahun 505. Dalam pembaharuan itu, baginda memasukkan wilayah lama Siljik-guk ke dalam sistem pentadbiran Silla. Baginda mendirikan pasar di timur Gyeongju pada tahun 509. Pada tahun 512, baginda mengirim Kim Isabu untuk menakluk negara kepulauan Usan-guk.

Setelah kemangkatannya, Jijeung menerima nama kuil, nama yang sekarang dikenalinya. Baginda ialah raja Silla pertama yang menerima nama kuil.

Lihat juga

Rujukan

Jijeung dari Silla
Wangsa Kim
Tarikh keputeraan: 437 Tarikh kemangkatan: 514
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Soji
Raja Silla
500–514
Diikuti oleh:
Beopheung