Karun Chandhok

Karun Chandhok
Chandhok di Grand Prix Malaysia 2011
Lahir (1984-01-19) 19 Januari 1984 (umur 40)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan India
Tahun aktif2010–2011
TeamsHispania, Lotus
Entri11
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan terakhirGrand Prix Jerman 2011
Kedudukan 2011Ke-28 (0 mata)

Karun Chandhok (Bahasa Hindi: करुण चंडोक; lahir Januari 19, 1984 di Madras) ialah seorang pemandu kereta lumba dari India, yang pernah bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Hispania Racing pada tahun 2010. Sebelum ini, beliau bersaing dalam kejuaraan GP2 Series selama tiga tahun dan memenangi dua perlumbaan.

Sebelum bersaing dalam GP2, Chandhok memenangi kejuaraan Formula Asia pada tahun 2001 dan memenangi kejuaraan pertama Formula Asia V6 by Renault pada tahun 2006.

Formula Satu

Dikaitkan dengan Force India

Chandhok telah dikaitkan dengan pasukan Force India, yang diwujudkan pada tahun 2008. Ia adalah pasukan Formula Satu India yang pertama dan dimiliki oleh Vijay Mallya. Selepas pemandu pasukan, Giancarlo Fisichella, menyertai Ferrari dari Force India pada musim 2009, Chandhok dikaitkan dengan kerusi perlumbaan tersebut, dengan penyokong lama, Bernie Ecclestone, menyokong Chandok. Namun begitu, pemandu ujian pasukan, Vitantonio Liuzzi, kemudiannya mengantikan Fisichella.

Hispania (2010)

Chandhok di Grand Prix Malaysia 2010.

Chandhok mula memandu dalam Formula Satu pada musim 2010 untuk Hispania Racing bersama bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2, Bruno Senna,[1] dan menjadi pemandu India yang kedua untuk bersaing dalam Formula Satu selepas Narain Karthikeyan pada tahun 2005.

Pada perlumbaan pertama Chandhok, iaitu di Grand Prix Bahrain, beliau tidak dapat untuk melengkapkan pusingan dalam mana-mana sesi latihan bebas kerana keretanya masih belum dipasang, dan kemudiannya mengalami masalah hidraulik. Beliau mendapat tempat ke-24 dan terakhir pada pusingan kelayakan, 1.7 saat di belakang rakan sepasukan, Senna. Chandhok bersara hanya selepas satu pusingan selepas terhempas ke dinding. Chandhok mendapat tempat ke-14 di Australia. Di Malaysia, beliau mendapat tempat ke-15, dan kemudiannya mendapat tempat ke-17 di China. Chandhok bersara di Sepanyol selepas mengalami masalah ampaian. Chandhok bersara sekali lagi selepas mengalami kemalangan dengan Jarno Trulli di Monaco, dan kemudiannya mengalami masalah teknikal di Turki. Beliau mendapat tempat ke-18 di Kanada dan Valencia dan mendapat tempat ke-19 di Silverstone, tetapi digantikan oleh Sakon Yamamoto untuk Grand Prix Jerman dan seterusnya.

Lotus (2011)

Chandhok sebagai pemandu ketiga Team Lotus di Grand Prix Itali 2011.

Pada 22 Mac 2011, Chandhok disahkan sebagai pemandu simpanan untuk Team Lotus bagi musim 2011.[2] Beliau memandu pada sesi latihan bebas di Grand Prix Australia dan terbabas pada pusingan keluar. Selepas memandu dalam tiga sesi latihan bebas lagi, beliau menggantikan Jarno Trulli untuk Grand Prix Jerman.[3] Beliau mendapat tempat ke-20 dan terakhir.[4]

Rekod perlumbaan

Ringkasan kerjaya

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2000 Formula Maruti ? 10 7 10 ? 10 ? Pertama
2001 Formula 2000 Asia SMR Team India 14 8 ? ? 13 246 Pertama
2002 British F3 National Class T-Sport 25 0 0 1 7 156 Ke-6
2003 British F3 National Class T-Sport 24 7 7 2 20 314.5 Ke-3
2004 British Formula Three T-Sport 17 0 0 0 0 37 Ke-14
World Series by Nissan Tata RC Motorsport 2 0 0 0 0 11 Ke-16
2005 Formula Renault 3.5 Series RC Motorsport 5 0 0 0 0 0 Ke-29
2005–06 A1 Grand Prix A1 Team India 3 0 0 0 0 38 Ke-15
2006 Formula V6 Asia by Renault Team E-Rain 12 7 4 4 9 131 Pertama
2007 GP2 Series Durango 21 1 0 1 1 16 Ke-15
2008 GP2 Asia Series iSport International 10 0 0 0 1 7 Ke-13
GP2 Series 19 1 0 0 3 31 Ke-10
2008–09 GP2 Asia Series Ocean Racing Technology 2 0 0 0 0 0 Ke-16
2009 GP2 Series Ocean Racing Technology 20 0 0 1 1 10 Ke-18
2010 Formula Satu Hispania Racing 10 0 0 0 0 0 Ke-22
2011 Formula Satu Team Lotus 1 0 0 0 0 0 Ke-28

Keputusan lengkap GP2 Series

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 DC Mata
2007 Durango BHR
FEA
9
BHR
SPR
Ret
ESP
FEA
Ret
ESP
SPR
15
MON
FEA
Ret
FRA
FEA
Ret
FRA
SPR
16
GBR
FEA
12
GBR
SPR
13
GER
FEA
Ret
GER
SPR
16
HUN
FEA

14
HUN
SPR
15
TUR
FEA
8
TUR
SPR
Ret
ITA
FEA
5
ITA
SPR
6
BEL
FEA
7
BEL
SPR
1
VAL
FEA

17
VAL
SPR
Ret
Ke-15 16
2008 iSport International ESP
FEA
9
ESP
SPR
Ret
TUR
FEA
4
TUR
SPR
12
MON
FEA
3
MON
SPR
Ret
FRA
FEA
7
FRA
SPR
Ret
GBR
FEA
3
GBR
SPR
Ret
GER
FEA
8
GER
SPR
1
HUN
FEA
4
HUN
SPR
DNS
EUR
FEA
15
EUR
SPR
Ret
BEL
FEA
10
BEL
SPR
7
ITA
FEA
11
ITA
SPR
Ret
Ke-10 31
2009 Ocean Racing Technology ESP
FEA
Ret
ESP
SPR
Ret
MON
FEA
7
MON
SPR
Ret
TUR
FEA
13
TUR
SPR
14
GBR
FEA
6
GBR
SPR
3
GER
FEA
11
GER
SPR
Ret
HUN
FEA
17
HUN
SPR
10
VAL
FEA
Ret
VAL
SPR
6
BEL
FEA
Ret
BEL
SPR
7
ITA
FEA
19
ITA
SPR
12
POR
FEA
Ret
POR
SPR
13
Ke-18 10

Keputusan lengkap GP2 Asia Series

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008 iSport International DUB1
FEA
7
DUB1
SPR
3
IDN
FEA
Ret
IDN
SPR
13
MYS
FEA
Ret
MYS
SPR
7
BHR
FEA
8
BHR
SPR
Ret
DUB2
FEA
Ret
DUB2
SPR
Ret
Ke-13 7
2008–09 Ocean Racing Technology CHN
FEA
CHN
SPR
DUB
FEA
DUB
SPR
BHR1
FEA
BHR1
SPR
QAT
FEA
QAT
SPR
MYS
FEA
MYS
SPR
BHR2
FEA
9
BHR2
SPR
Ret
Ke-26 0

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
2010 Hispania Racing F1 Team Hispania F110 Cosworth CA2010 2.4 V8 BHR
Ret
AUS
14
MAL
15
CHN
17
ESP
Ret
MON
14
TUR
20
CAN
18
EUR
18
GBR
19
GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR BRA ABU Ke-22 0
2011 Team Lotus Lotus T128 Renault RS27 2.4 V8 AUS
TD
MAL CHN TUR
TD
ESP MON CAN EUR
TD
GBR
TD
GER
20
HUN BEL
TD
ITA
TD
SIN JPN
TD
KOR
TD
IND
TD
ABU BRA Ke-28 0

Rujukan

  1. ^ Noble, Jonathan (2010-03-04). "Chandhok dinamakan sebagai pemandu HRT". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-03-04.
  2. ^ "Karun Chandhok dinamakan pemandu simpanan Team Lotus". BBC Sport. BBC. 22 Mac 2011. Dicapai pada 5 Januari 2013.
  3. ^ Benson, Andrew (21 Julai 2011). "Karun Chandhok mengantikan Jarno Trulli untuk GP Jerman". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 6 Januari 2013.
  4. ^ Bear, Matt (24 Julai 2011). "Lewis Hamilton memenangi GP Jerman yang mengujakan". Dicapai pada 6 Januari 2013.

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi
  • Profil Karun Chandhok di DriverDB
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Kejuaraan baru
Juara Formula V6 Asia
2006
Diikuti oleh:
James Winslow
  • l
  • b
  • s
Malaysia Team Lotus
Kakitangan
Tony Fernandes
Kamarudin Meranun
SM Nasarudin
Riad Asmat
Mike Gascoyne
Keith Saunt
Mia Sharizman
Pemandu
Finland Heikki Kovalainen
Itali Jarno Trulli
India Karun Chandhok
Kereta Formula Satu
T127
T128