Kepelbagaian ekosistem

Dua pemandangan Bumi dari angkasa.
Bumi memiliki banyak ekosistem berbeza.
Lihat juga: Ekosistem dan Biom

Kepelbagaian ekosistem merujuk kepada kepelbagaian suatu tempat pada peringkat ekosistem. Istilah ini berbeza daripada biodiversiti, yang merujuk pada variasi dalam spesies berbanding ekosistem. Kepelbagaian ekosistem juga boleh merujuk pada keragaman ekosistem yang wujud dalam suatu biosfera, variasi spesies dan proses ekologi yang terjadi pada persekitaran fizikal berbeza.

Contoh

Antara contoh ekosistem yang kaya dengan kepelbagaian ialah:

  • Padang pasir
  • Ekosistem laut
  • Hutan dara
  • Hutan hujan
  • Tundra
  • Terumbu karang

Lihat juga

  • Wilayah biologi
  • Ekologi
  • Biologi evolusi
  • Kepelbagaian genetik
  • Alam semula jadi
  • Alam sekitar
  • Kepelbagaian spesies
  • Pembangunan mampan