Kesenian Parsi

Lukisan ini dipetik daripada manuskrip yang bertajuk 'Taman bunga mawar Jami' (dari abad ke-16). Penyajak mistik Sa'di digambarkan berbaring di tengah.

Kewujudan tanah Parsi yang mengjangkau ribuan tahun boleh dikesan melalui penemuan seni bina, artifak, dan tembikar hasil daripada carigali di kawasan-kawasan yang merangkumi Iran, Afghanistan, Azerbaijan, dan Uzbekistan hari ini.

Seni tampak

Seni catan dan miniatur

Seni minatur (minature) berkembang selepas penjajahan Arab dan kedatangan Islam di tamadun Parsi. Oleh kerana agama Islam melarang segala imej hidup (terutamanya manusia dan haiwan), sekumpulan kecil pelukis Parsi meneruskan tradisi melukis secara bebas melalui minatur.

Seni perhiasan

Permaidani Parsi

Unsur-unsur budaya tempatan sering dinampakkan pada penganyaman permaidani begini.

Seni tembikar

Seni tembikar merupakan kesenian terawal tamadun Parsi. Contoh terawal adalah busut perkebumian di Tappeh yang wujud seawal abad ke-5 S.M.

Jubin

Kesusasteraan

Sebahagian besar daripada kesusasteraan Parsi wujud selepas kedatangan Islam pada sekitar tahun 650. Jurutulis Parsi pada Zaman Abbasiyah mula berperanan dalam aspek pentadbiran dan lama-kelamaan berkecimpung dalam penulisan novel dan puisi. Penyajak Parsi yang terkenal termasuklah Sa'di, Rumi, Hafiz, dan Omar Khayyam.

Seni pertunjukan

Tarian

Muzik tradisional

Zaman Sassanid (226-251 selepas masihi) melihat perkembangan muzik Parsi dengan kemunculan pemuzik terkenal pada zaman tersebut seperti Barbod, Narkissa, dan Ramtin. Sesetengah daripada korpus mereka masih wujud hingga hari ini. Muzik Parsi asalnya dipersembahkan dan diturunkan secara lisan, dan himpunan lagu tradisional diberikan nama radif[1]. Radif pula diagihkan kepada dua belas kumpulan. Tujuh daripada radif ini adalah seperti sistem (dastagh) yang mempunyai corak nada yang asas. Radif yang lain hanyalah dastagh sekunder yang terbit daripada dastagh asas. Lagu yang menggunakan dastagh tradisional dinamakan gushe dan hanya mempunyai melodi yang ringkas supaya diberi ruang untuk improvasi.

Alat muzik

  • Dayere - tamborin
  • Ud - nama Arab bagi gitar yang berbentuk bujur
  • Tombak - seperti gendang
  • Santur - dulsimer

Filem

Rujukan

  1. ^ Pengenalan kepada muzik Parsi

Lihat juga

  • Parsi
  • Seni bina Parsi

Pautan luar

  • Sejarah kesenian Parsi (dalam Bahasa Inggeris)