Limbungan kapal

Limbungan Kapal Gdynia
Limbungan Kapal Constanța, Romania

Limbungan kapal atau galangan kapal ialah tempat di mana kapal dibina dan diperbaiki termasuklah kapal layar moden, kapal perang, kapal pesiaran dan kapal kargo atau kapal penumpang yang lain. Galangan kapal kadangkalanya lebih banyak dikaitkan dengan aktiviti penyelenggaraan dan kemudahan berbanding limbungan kapal, yang kadangkala lebih banyak dikaitkan dengan pembinaan awal. Istilah-istilah ini lazimnya digunakan secara berganti, sebahagiannya kerana evolusi galangan dan limbungan sering menyebabkan ia berubah atau digabungkan peranannya.

Negara-negara dengan industri besar pembinaan kapal termasuklah Australia, Brazil, China, Croatia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, India, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, Norway, Filipina, Poland, Romania, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Sweden, Taiwan, Ukraine, United Kingdom, dan Vietnam. Industri pembinaan kapal lebih cenderung bertaburan di Eropah berbanding di Asia, kerana negara-negara Eropah cenderung mempunyai lebih banyak syarikat kecil, manakala negara-negara Asia cenderung mempunyai lebih sedikit syarikat besar.

Kebanyakan pembina kapal di Amerika Syarikat , adalah milik swasta, yang terbesar kepunyaan Industri Huntington Ingalls, iaitu kontraktor pertahanan berbillion-dollar, dan limbungan kapal tertua milik keluarga itu adalah Limbungan Kapal Colonna di Norfolk, VA. Limbungan kapal milik awam di AS ialah prasarana Tentera Laut yang menyediakan kemudahan, bekalan dan baik pulih.

Limbungan kapal dibina berhampiran laut atau sungai yang ada pasang surut untuk memudahkan akses kapal mereka. Di United Kingdom, sebagai contoh, limbungan telah di dirikan di sungai-sungai Thames (Raja Henry VIII membina limbungan di Woolwich dan Deptford pada tahun 1512 dan 1513), Mersey, Tees, Tyne, Wear, dan Clyde – yang terakhir berkembang menjadi pusat pembuatan kapal utama dunia.

Sir Alfred Yarrow mendirikan limbungannya berhampiran Thames di Pelabuhan London pada akhir abad ke-19 sebelum memindahkan ia ke utara tebing sungai Clyde di Scotstoun (1906–08). Limbungan kapal terkenal UK yang lain termasuklah limbungan Harland dan Wolff di Belfast, Ireland Utara, dimana kapal Titanic telah dibina, dan galangan kapal di Chatham, England berhampiran Medway di utara Kent.

Tapak limbungan yang besar akan mengandungi banyak kren, limbungan kering, landasan kapal, gudang bebas debu, kemudahan mengecat dan kawasan khusus yang sangat besar untuk pemasangan kapal. Setelah jangka hayat kapal berakhir, ia membuat perjalanan terakhir ke limbungan pemecahan kapal, sering berdekatan pantai di Asia Selatan. Mengikut sejarah, pemecahan kapal dilakukan di limbungan kering di negara-negara maju, tetapi upah tinggi dan peraturan alam sekitar telah mengakibatkan pemindahan industri ini ke wilayah-wilayah membangun.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Drassanes at Barcelona – The Drassanes shipyard in Barcelona, with some original buildings dating to the 13th century.
  • India based shipyards – India based shipyard.
  • Sea Your History Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine – Website from the Royal Naval Museum – Discover detailed information about Portsmouth Dockyard and the Royal Navy in the 20th century.
  • U.S. Shipyards – extensive collection of information about U. S. shipyards, including over 500 pages of U. S. shipyard construction records
  • Trading Places – interactive history of European dockyards
  • Shipyards United States – from GlobalSecurity.org
  • Gold Coast City Marina & Shipyard
  • European shipyards – shipbuilding history in Hungary, Czechoslovakia and Slovakia
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
Lain-lain
  • Arkib Negara (A.S.)