Lotus APX

Lotus APX (APX bermaksud Model Kacukan Prestasi Aluminium atau "Aluminum Performance Crossover") adalah kereta konsep yang direka oleh pengeluar kereta British, Lotus. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 di Pertunjukan Kereta Geneva. Ia merupakan kenderaan lengkap pertama yang dibina berasaskan Senibina Kenderaan Serba Boleh (VVA). Kenderaan ini juga merupakan kenderaan SUV kacukan pertama buatan Lotus.

Enjin

APX menggunakan enjin V6 dengan pengecas super, bersesaran 3 liter. Keluaran kuasa enjin ini ialah 300 hp (224 kW) pada 6250 rpm dengan kilasan sebanyak 360 N-m pada 4500 rpm. Ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat. Kelajuan maksimum APX ialah 245 km/j. Sistem gantungan pada APX menjadikannya sesuai untuk kegunaan jalan tanah merah (kali pertama dalam sejarah Lotus) dengan pacuan 4 roda kekal. Penggunaan bahan api digabungkan dianggarkan sekitar 8.7l/100 km.

Juga dipamerkan dalam Pertunjukan NADA 2007 adalah versi kenderaan elektrik pacuan 4 roda bagi APX, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat. Pengedar berlesen, ZAP, menyatakan bahawa ia mempunyai keupayaan sehingga 644 kuasa kuda roda, mampu bergerak sejauh 563 bagi sekali cas, proses cas semula sesingkat 10 minit, serta mempunyai kelajuan maksimum 249 km/j. Mereka juga mendakwa bateri kereta tersebut tahan sehingga 9,000 kali kitar cas semula serta kos mengecas serendah 1 peni setiap batu.

Reka bentuk

Reka bentuk luaran APX adalah sangat sporty memandangkan ia menggunakan kerangka aluminium sepenuhnya. Rekaan dalaman APX juga diceduk daripada beberapa model kereta sport terkenal Lotus. Seperti kereta konsep moden yang lain, ia turut menampilkan paparan digital, gajet futuristik serta pelbagai butang. Ia turut dilengkapi pendingin udara.

Rujukan

  • Info Lotus APX dari ConceptCarz.com
  • Demonstrasi Lotus APX dari Zapworld.com Diarkibkan 2007-03-22 di Wayback Machine
  • p
  • b
  • s
Tempoh masa pengeluaran kereta Lotus, 1950–kini
Kereta jalan 1950s 1960s 1970s 1980s 1990s 2000s 2010s
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2
Kereta sport Mark VIII Mark IX Eleven 15 17 19 23 30 40 47 62
Mark VI Seven 340R 2-Eleven
Roadster Elan Elan M100 Elise
Coupé Elite Elan Exige
Eclat Excel Evora
Sedan Elan +2 Elite
Grand tourer Europa Esprit Europa S
Kereta perlumbaan Mark I · Mark II · Mark III · Mark IV · Mark V · 12 · 16 · 17 · 18 · 20 · 21 · 22 · 24 · 25 · 27 · 29 · 31 · 32 · 33 · 34 · 38 · 39 · 41 · 42 · 43 · 44 · 48 · 49 · 56 · 59 · 61 · 63 · 64 · 69 · 70 · 72 · 73 · 74 · 76 · 77 · 78 · 79 · 80 · 81 · 86 · 87 · 88 · 91 · 92 · 93T · 94T · 95T · 96T · 97T · 98T · 99T · 100T · 101 · 102 · 107 · 109 · 112 · 114 · 115 · 119 · T125  · T127  · T128  · E20  · E21
Kereta yang berkaitan Caterham Seven · Ford Lotus Cortina · Talbot Sunbeam Lotus · DeLorean DMC-12 · Isuzu Piazza · Chevrolet Corvette ZR-1 · Vauxhall Lotus Carlton · Kia Elan · Vauxhall VX220 · Tesla Roadster · Proton EMAS
Kereta konsep M90 · APX · Ethos
Orang penting Colin Chapman · Tony Rudd · Romano Artioli · Dany Bahar
Group Lotus Laman sesawang rasmi · Lotus Cars · Lotus Engineering · Team Lotus · Lotus F1