Mauritius

Koordinat: 20°12′S 57°30′E / 20.2°S 57.5°E / -20.2; 57.5

ريڤوبليك ماوريشسcode: ms is deprecated
Republic of Mauritiuscode: en is deprecated  (bahasa Inggeris)
République de Mauricecode: fr is deprecated  (Perancis)
Repiblik Moriscode: mfe is deprecated  (Morisyen)
Bendera Mauritius
Jata Mauritius
Bendera Jata
Cogan kata: "Stella Clavisque Maris Indici"code: la is deprecated  (Latin)
Perancis: L’étoile et la clé de l’océan Indiencode: fr is deprecated
"Bintang dan Kunci Lautan Hindi"Lagu kebangsaan: Motherland (Ibu Pertiwi)
Kepuluan Republik Mauritius (tidak termasuk Kepulauan Chagos dan Pulau Tromelin)
Kepuluan Republik Mauritius (tidak termasuk Kepulauan Chagos dan Pulau Tromelin)
Kepulauan Republik Mauritius dilabel dalam warna hitam; Kepulauan Chagos Archipelago dan Tromelin dituntut oleh Mauritius.
Kepulauan Republik Mauritius dilabel dalam warna hitam; Kepulauan Chagos Archipelago dan Tromelin dituntut oleh Mauritius.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Port Louis
20°10′S 57°31′E / 20.167°S 57.517°E / -20.167; 57.517Bahasa rasmiTiada [Note 1]Bahasa kebangsaanbahasa Inggeris dan bahasa Perancis[1][2]Bahasa-bahasa vernakular a
  • 84% Kreol
  • 5.3% bahasa Bhojpuri-Hindustani
  • 3.6% bahasa Perancis
  • 7.1% Lain-lain (termasuk bahasa Inggeris)[3]
Kumpulan etnik
(2011[3])
Lihat Kumpulan etnik MauritiusAgama
(2011[3])
KerajaanRepublik berparlimen satuan
• Presiden
Prithvirajsing Roopun
• Perdana Menteri
Pravind Jugnauth Badan perundanganPerhimpunan KebangsaanKemerdekaan 
daripada United Kingdom
• Perlembagaan Mauritius
12 Mac 1968
• Republik
12 Mac 1992 Keluasan
• Jumlah
2,040 km2 (790 bt2) (ke-169)
• Perairan (%)
0.07Penduduk
• Perkiraan Julai 2016
1,262,132[4] (ke-156)
• Bancian Penduduk 2011
1,236,817[5]
• Kepadatan
618.24/km2 (1,601.2/sq mi) (ke-19)KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$23.322 bilion[6]
• Per kapita
AS$19,797[6] (ke-66)KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
AS$13.551 bilion[6]
• Per kapita
AS$11,763[7] (ke-68)Gini (2012)35.9[8]
sederhanaHDI (2015) 0.781[9]
tinggi · ke-63Mata wangRupee Mauritius
(MUR)Zon waktuUTC+4 (MUT)Format tarikhhh/bb/tttt (AD)Bahagian memandukiriKod panggilan+230Kod ISO 3166MUDPT internet.mu
  1. Bahasa ibunda orang Mauritius (Banci 2011).[3]

Mauritius adalah sebuah pulau di barat daya Lautan Hindi, lebih kurang 900 km timur Madagaskar. Pulau ini merupakan sebahagian Kepulauan Mascarene, dengan pulau Réunion Perancis 200 km di barat-daya dan pulau Seychelles di barat-laut negara itu.

Sejarah

Pulau ini mencapai kemerdekaan pada 1968 daripada British selain penjajah terdahulu iaitu Portugis, Belanda dan Perancis. Pulau ini ditemui oleh pihak Portugis pada 1505 dan dijajah oleh Belanda pada 1638, yang menamakan pulau ini Mauritius untuk menghargai jasa Putera Oranye Maurits seorang perwira Belanda yang memimpin pasukan memberontak menentang kerajaan Sepanyol. Pada abad ke-18, pihak Perancis telah menawan pulau ini dan menamakannya Ile de France ("Pulau Perancis"; pulau ini diambilalih oleh pihak British pada 1814 yang mengembalikan nama asalnya.

Negara ini mencapai kemerdekaan pada 1968, dan menjadi republik pada 1992. Mauritius merupakan sebuah negara demokrasi yang stabil dengan pilihan raya bebas serta rekod hak asasi manusia yang baik berbanding dengan kepulauan yang lain. Ia juga telah menarik minat ramai pelabur asing dan merupakan negara Afrika yang mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi di benua ini.

Politik

Ketua Negara Mauritius ialah presiden, yang dilantik setiap lima tahun oleh National Assembly, parlimen unikameral di kepulauan ini. Dari 66 ahli National Assembly, 62 diplih secara undi popular, manakala 4 dilantik sebagai wakil kaum etnik minoriti di sini, bergantung kepada keputusan pilihan raya. Parlimen pula diterajui oleh Perdana Menteri dan majlis menteri-menteri.

Daerah dan tanggungan

Kepulauan Mauritius terbahagi kepada 9 daerah:

  • Black River
  • Flacq
  • Grand Port
  • Moka
  • Pamplemousses
  • Plaines Wilhems
  • Port Louis
  • Riviere du Rempart
  • Savanne

Tiga gugusan juga dimiliki oleh Mauritius adalah "tanggungan":

  • Kepulauan Agalega
  • Cargados Carajos Shoals
  • Rodrigues

Geografi

Peta Mauritius

Bersama dengan Réunion and Rodrigues, Mauritius adalah sebahagian daripada Kepulauan Mascarene. Kepulauan-kepulauan yang kecil ini terhasil sejak berjuta-juta tahun yang lalu akibat daripada letupan gunung berapi bawah tanah. Pulau Mauritius terletak di atas tanah tinggi, puncak tertingginya, Piton de la Riviere Noire terletak di barat daya dengan ketinggian 828 m. Di sekitar tanah tinggi ini, kawah gunung berapi yang asal masih dapat dibezakan daripada beberapa gunung yang lain.

Pulau ini mempunyai iklim tropika, dan boleh berubah akibat angin tenggara; musim sejuknya adalah di antara bulan Mei hingga November dan musim panasnya adalah di antara bulan November hingga Mei. Pulau ini dilanda puting beliung pada bulan November-April.

Ibu negara pulau ini, yang juga merupakan bandar terbesar ialah Port Louis, yang terletak di barat laut. Lain-lain bandar yang penting termasuklah Curepipe, Rose Hill, Quatre Bornes dan Vacoas.

Ekonomi

Sejak kemerdekaan pada tahun 1968, Mauritius telah berkembang daripada ekonomi berasaskan pertanian yang berpendapatan rendah kepada ekonomi yang lebih bercampur dengan perkembangan sektor industri, kewangan, dan pelancongan. Perkembangan tahunan adalah di sekitar 5% hingga 6%. Akibat daripada perkembangan ini, jangka hayat hidup manusia telah meningkat, kematian bayi telah menurun, dan infrastruktur telah banyak dimajukan.

Aktiviti penanaman tebu merangkumi 90% daripada jumlah aktiviti pertanian dan menyumbang kepada 25% pendapatan daripada eksport. Kemarau pada tahun 1999 telah menyebabkan kerugian teruk dalam sektor ini. Strategi perkembangan kerajaan berpusat pada pelaburan dari luar negara. Mauritius telah menarik minat lebih daripada 9000 pelabur asing, kebanyakannya berarah kepada perdagangan di India and Afrika Selatan, dan pelaburan dalam sektor perbankan telah mencapai lebih daripada 1 bilion dolar Amerika. Pencapaian ekonomi dari tahun 2000 hingga 2004 mengakibatkan perkembangan ekonomi yang pesat dan masalah pengangguran meningkat kepada 10.2% pada 2003.

Demografi

Mauritius mempunyai dua bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Bahasa Perancis masih lagi digunakan dengan banyak walaupun kekuasaan Perancis telah hilang sejak 200 tahun yang lalu. Bahasa Creole, yang berasaskan Bahasa Perancis dan dipengaruhi Bahasa Inggeris dan Bahasa Afrika, juga digunakan secara meluas. Bahasa Hindi dan Urdu juga digunakan.

Bahasa Hindi dan Urdu digunakan oleh waris buruh-buruh yang dibawa dari India oleh pihak British. Masyarakat Indo-Mauritia ini merangkumi 70% daripada jumlah penduduk, manakala penduduk yang lain terdiri daripada orang Afrika, orang Perancis, Orang Cina etnik atau keturunan bercampur.

Antara semua agama, masyarakat Hindu merangkumi 50% dan kebanyakan daripada bakinya terdiri daripada masyarakat Kristian dan Islam.

Lihat juga

  • Air Mauritius - sistem penerbangan kebangsaan
Portal:
  • icon Geografi
  • icon Afrika

Nota

  1. ^ Perlembagaan Mauritius tidak menyebut mana-mana bahasa rasmi, sekadar Seksyen 49 menyebut bahawa bahasa rasmi Perhimpunan Kebangsaan ialah bahasa inggeris, sementara bahasa Perancis boleh digunakan.[1]

Rujukan

  1. ^ Perkara 49 dalam Perlembagaan Mauritius Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine. ilo.org
  2. ^ "Republic of Mauritius, Government Portal (Mauritius)" [Republik Mauritius, Portal Kerajaan (Mauritius)] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2011census tidak disediakan
  4. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  5. ^ Statistik Mauritius. "Digest of Demographic Statistics 2013" [Ringkasan Statistik Demografi 2013] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Portal Kerajaan Mauritius: 22. Dicapai pada 28 Januari 2015. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ a b c "Report for Selected Countries and Subjects" [Laporan untuk Negara-negara dan Subjek-subjek Terpilih] (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 25 Julai 2014.
  7. ^ "GDP per capita, current prices | IMF World Economic Outlook" [KDNK per kapita, harga semasa | Pandangan Ekonomi Dunia IMF] (dalam bahasa Inggeris). EconStats. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-14. Dicapai pada 6 September 2016.
  8. ^ "World Bank GINI index" [Index GINI Bank Dunia] (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ "2017 Human Development Report" [Laporan Pembangunan Manusia 2017] (dalam bahasa Inggeris). Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2017. Dicapai pada 15 Disember 2015.

Bibliografi

Bacaan lanjut

  • Bahadur, Gaiutra (2014). Coolie Woman: The Odyssey of Indenture [Wanita Kuli: Pengembaraan Indentur yang Penuh Peristiwa] (dalam bahasa Inggeris). The University of Chicago. ISBN 978-0-226-21138-1.
  • Moree, Perry J. (1998). A Concise History of Dutch Mauritius, 1598–1710: A Fruitful and Healthy Land [Sebuah Sejarah Ringkas lagi Padat Mauritius Belanda, 1598–1710: Sebuah Tanah Subur dan Sihat] (dalam bahasa Inggeris). Routledge.
  • Vink, Markus (2003). "'The World's Oldest Trade': Dutch Slavery and Slave Trade in the Indian Ocean in the Seventeenth Century" [‘Perdagangan Tertua Dunia': Perhambaan Belanda dan Perdagangan Hamba di Lautan Hindi pada Abad Ketujuh Belas]. Journal of World History (dalam bahasa Inggeris). 14 (2): 131–177.

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi
Mauritius
Ketahui lebih lanjut tentang Mauritius di Wikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku

Rujukan

Kerajaan

  • (Inggeris) Portal Kerajaan Mauritius
  • (Inggeris) Statistik Mauritius
  • (Inggeris) Lembaga Pelaburan

Geografi

  • Atlas Wikimedia Mauritius
  • Templat:Osmrelation-inline
  • (Inggeris) Pandangan WikiSatelit Mauritius di WikiMapia
  • (Inggeris) Perkhidmatan Meteorologi Mauritius

Pelancongan

  • (Inggeris) tourism-mauritius
  • l
  • b
  • s
Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Afrika
Afrika Utara

Algeria · Mesir1 · Libya · Mauritania · Maghribi · Sudan · Tunisia · Sahara Barat2

Afrika Barat

Benin · Burkina Faso · Cape Verde · Gambia · Ghana · Guinea · Guinea-Bissau · Ivory Coast · Liberia · Mali · Mauritania · Niger · Nigeria · Senegal · Sierra Leone · Togo

Afrika Tengah

Angola · Burundi · Cameroon · Chad · Guinea Khatulistiwa · Gabon · Republik Afrika Tengah · Republik Demokratik Congo · Republik Congo · Rwanda · Sao Tome dan Principe

Afrika Timur

Burundi · Comoros · Djibouti · Eritrea · Habsyah · Kenya · Madagascar · Malawi · Mauritius · Mozambique · Rwanda · Seychelles · Somalia · Sudan Selatan · Tanzania · Uganda · Zambia · Zimbabwe

Selatan Afrika

Botswana · Lesotho · Namibia · Republik Afrika Selatan · Swaziland

Wilayah tanggungan dan negara tidak diiktiraf Wilayah tanggungan di Afrika :

Wilayah Lautan Hindi British, St. Helena3 (United Kingdom) · Kepulauan Canary, Ceuta, Melilla (Sepanyol) · Madeira (Portugal) · Mayotte, Réunion (Perancis) · Socotra (Yemen)
Negara yang tidak diiktiraf : Puntland · Somaliland · Republik Demokratik Arab Sahrawi

1 Sebahagiannya di benua Asia.  2 Status tidak dapat ditentukan.  3 Termasuk jajahan takluk Pulau Ascension dan Tristan da Cunha.
Rencana berkaitan dengan Mauritius
Templat:Countries and territories bordering the Indian Ocean
Keahlian antarabangsa
Templat:Southern African Development Community
  • l
  • b
  • s
Anggota Negara-negara Komanwel
Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Bahasa
Templat:La Francophonie

Templat:Community of Portuguese Language Countries Templat:English dialects by continent Templat:Somali Plate

Templat:English official language clickable map
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
    • 2 (data)
    • 3 (data)
  • Ukraine
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Australia
  • Sweden
Lain-lain