Melanesia

Melanesia

Melanesia merupakan sebuah subkawasan di Oceania yang meliputi dari barat akhir Lautan Pasifik hingga ke Laut Arafura serta berada di timur Fiji. Kawasan ini meliputi kebanyakan pulau di utara dan timur laut Australia.

Rantau ini pertama kali diberikan nama oleh Jules Dumont d'Urville pada tahun 1832 daripada istilah bahasa Yunani iaitu μέλας melas "hitam" dan νῆσος nesos "pulau" - yakni "pulau-pulau hitam" - bagi merujuk kepada penampilan etnik penduduk kepulauan ini serta membezakan kumpulan geografi pulau yang terletak jauh dari Polinesia dan Mikronesia.

Pulau berkaitan

Pulau dan kepulauan yang berikut telah dianggap sebagai sebahagian Melanesia sejak kurun ke-19:

  • Papua New Guinea Kepulauan Amplett
  • Papua New Guinea Gugusan Pulau Bismarck
  • Papua New Guinea Kepulauan d'Entrecasteaux
  •  Fiji
  • Papua New Guinea Gugusan Pulau Louisiade
  • Indonesia Kepulauan Maluku[1]
  • Indonesia Kepulauan Raja Ampat
  • Indonesia Kepulauan Nusa Tenggara
  • Indonesia Kepulauan Biak
  •  New Caledonia
  • New Guinea, terbahagi kepada dua wilayah iaitu wilayah Indonesia Indonesia, yang terdiri dari Papua dan Papua Barat, dan wilayah Papua New Guinea Papua New Guinea
  •  Pulau Norfolk
  • Fiji Rotuma
  • Kepulauan Solomon Kepulauan Santa Cruz
  • Gugusan Pulau Solomon, terbahagi antara negara  Papua New Guinea dan negara  Kepulauan Solomon
  • Torres Strait Islands, terbahagi antara negara  Australia dan  Papua New Guinea
  • Papua New Guinea Kepulauan Trobriand
  •  Vanuatu
  • Papua New Guinea Pulau Woodlark

Pulau Norfolk, yang disenaraikan di atas, dan Rotuma di Fiji adalah secara budaya dan etnologinya dianggap sebahagian Polinesia, dan hanya dianggap Melanesia dari sudut geografi.

Berdasarkan faktor etnologi, sebahagian pulau di barat kepulauan Maluku, seperti Flores, Sumba, Timor, Halmahera, Alor, dan Pantar boleh dianggap sebahagian Melanesia. Begitupun, orang di kawasan berkenaan tidak menggunakan istilah ini.

Rujukan

  1. ^ "IRJA.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-10-09. Dicapai pada 2010-10-25.

Pautan luar

  • Map South Pacific
  • South Pacific Organizer
  • Polynesian origins: Insights from the Y chromosome
  • Independent Histories of Human Y Chromosomes from Melanesia and Australia
  • A site about West Melanesia
  • Bird checklists for Melanesian islands
  • New Guinea: Crossing Boundaries and History - a general history of New Guinea
  • Anglican historical texts related to Melanesia
  • l
  • b
  • s
Senarai negara dan wilayah tanggungan di Oceania
Negara berdaulat
Wilayah tanggungan dan
wilayah yang lain
Kepulauan Cocos (Keeling) · Pulau Krismas · Pulau Norfolk · Wilayah Kepulauan Laut Karang
Kepulauan Bonin
Kepulauan Clipperton · New Caledonia · Polinesia Perancis · Wallis dan Futuna
1 Negara yang terletak di lebih daripada satu benua
  • l
  • b
  • s
Kawasan dunia
Lokasi Afrika Afrika

Utara · Sub-Sahara · Tengah · Selatan · Barat · Timur

 
Lokasi Amerika Amerika Utara (Utara • Tengah • Tengah • Caribbean) · Selatan (Kon Selatan) · Anglo · Latin Lokasi Oceania Oceania

Australasia · Melanesia · Mikronesia · Polinesia

Lokasi Asia Asia

Tengah · Timur (Timur Jauh· Utara (Siberia)  · Tenggara · Selatan · Barat (Timur Tengah)

Lokasi kawasan kutub Kutub Artik · Antartika
Lokasi Eropah Eropah

Tengah · Timur · Utara · Tenggara · Selatan · Barat

Lautan di dunia Lautan

Dunia · Artik · Atlantik · Hindi · Pasifik · Selatan

Lihat juga: Benua