Mikoyan

Perbadanan Pesawat Rusia MiG
The MiG logo
Jenis/bentuk sahDivisyen
IndustriAeroangkasa dan pertahanan
DitubuhkanDisember 1939 (Sebagai OKB-155 pada 1942)
PengasasArtem Mikoyan
Mikhail Gurevich Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatMoscow, Russia
Tokoh pentingArtem Mikoyan dan Mikhail Gurevich (Pengasas)
KeluaranPesawat tentera
Pesawat penumpang
Hasil80,033,284,000 Rubel Rusia (2017) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan kendalian15,758,754,000 Rubel Rusia (2017) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersih501,073,000 Rubel Rusia (2017) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset208,848,036,000 Rubel Rusia (2017) Sunting ini di Wikidata
Jumlah ekuiti−17,619,759,000 Rubel Rusia (2017) Sunting ini di Wikidata
PemilikKerajaan Rusia
Bilangan kakitangan10,090 (2013) Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukUnited Aircraft Building Corporation
Tapak webhttp://www.migavia.ru/eng/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"RSK "MiG" atau Perbadanan Pesawat Rusia MiG (dahulunya Mikoyan atau Biro Rekabentuk Mikoyan-i-Gurevich, Rusia: Микоян и Гуревич, МиГcode: ru is deprecated ) merupakan biro rekabentuk pesawat tentera, terutamanya pesawat pejuang milik Rusia. Ia telah diasaskan oleh Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich sebagai "Mikoyan dan Gurevich" dan singkatan bironya adalah "MiG." Selepas kematian Mikoyan pada 1970, penggunaan nama Gurevich pada biro ini telah digugurkan, walau bagaimanapun singkatan MiG masih digunakan. Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan Mikoyan dengan Ilyushin, Irkut, Sukhoi, Tupolev dan Yakovlev sebagai sebuah syarikat baru yang bernama Perbadanan Pesawat Bersatu.[1] Firma MiG juga memiliki beberapa bangunan kilang dan biro rekabentuk, termasuk kilang pengeluar helikopter Kamov. MiG juga digunakan oleh kerajaan China dan Korea Selatan.

Senarai pesawat MiG

MiG-15
MiG-21
MiG-23
MiG-25
MiG-29
MiG-29OVT
MiG-35

Pengeluaran

  • MiG-1, 1940
  • MiG-3, 1941
  • MiG-5, 1942
  • MiG-7, 1944
  • MiG-9, 1947
  • MiG-15, 1948
  • MiG-17, 1954
  • MiG-19, 1955, pejuang sepursonik pertama MiG
  • MiG-21, 1960
  • MiG-23, 1970
  • MiG-25, 1970
  • MiG-27, 1975, pesawat serangan darat terbitan dari MiG-23.
  • MiG-29, 1983, setanding dengan F/A-18 Hornet
  • MiG-31, 1983
  • MiG-33, 1989, sebuah versi termaju MiG-29, juga dikenali dengan MiG-29M.
  • MiG-35, 2005, versi eksport terbaru yang menggabungkan sistem-sitem moden seperti radar AESA, dan enjin tujahan vektor sebagai pilihan; dipasarkan di India sebagai "MiG-29MRCA".

Eksperimen

  • MiG-6, 1940 (pesawat serangan darat/pengawasan)
  • MiG-8, 1945
  • MiG I-250 (N), 1945 (juga dikenali dengan "MiG-13")
  • MiG I-270, 1946
  • Mikoyan-Gurevich Ye-152, 1959, pesawat pejuang, nama kod NATO "Flipper"
  • MiG-23 - (digunakan kali pertama) nama awal bagi E-8 (E-8/1 dan E-8/2), 1960
  • MiG-AT, 1992
  • MiG-110, 1995
  • MiG MFI objekt 1.44/1.42 'Flatpack', 1986-2000
  • Projek MiG LFI
  • MiG-105 Spiral, 1965
  • Mikoyan-Arakelian MIG ARA-107
  • Mikoyan-Gurevich Ye-152

Konvesyen penamaan

MiG menuruti konvensyen dengan menggunakan nombor-nombor ganjil pada pesawat pejuangnya. Walaupun MiG-8 dan MiG-110 wujud, pesawat ini bukan sebuah pesawat pejuang. MiG-105 "Spiral" pula direka sebagai sebuah pesawat pemintas orbit yang dibina sezaman dengan pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat yang dibatalkan iaitu X-20 Dyna-Soar.

Mengikut nama pengenalan NATO, nama gelaran bagi pesawat pejuang bermula dengan huruf F. Sekiranya selepas huruf F diikut dengan satu angka bermaksud pesawat menggunakan enjin piston manakala dua angka pula pula bermakna menggunakan enjin jet.

Rujukan

  1. ^ "Russian Aircraft Industry Seeks Revival Through Merger." The New York Times. February 22, 2006.

Pautan luar

  • Migavia.ru Diarkibkan 2010-01-05 di Wayback Machine - official site of MiG "OKB" successor enterprise
  • Aviation.ru Diarkibkan 2003-10-02 di Wayback Machine - MiG
  • Russian Aviation Museum - MiG Pages
  • Camouflage schemes for all MiG fighters
  • l
  • b
  • s
Pesawat Mikoyan dan Gurevich (MiG)
Pejuang/Pemintas
MiG-1 · MiG-3 · MiG-5 · MiG-7 · MiG-9 · MiG-15 · MiG-17 · MiG-19 · MiG-21 · MiG-23 · MiG-25 · MiG-27 · MiG-29 · MiG-29M · MiG-31 · MiG-35
Penyerang
Pengawasan
Latihan
Eksperimen
MiG-8 · I-250 · I-270 · MiG-110 · Projek 1.44 · Projek LFI · MiG-105 · MiG-33