Pakatan Watani

Pakatan Watani atau Pakatan Kebangsaan (Arab: الميثاق الوطني, rumi: al-Mithāq al-Waṭanīcode: ar is deprecated , Perancis: Pacte nationalcode: fr is deprecated ) ialah suatu pelaksanaan berkongsi kekuasaan politik sesama agama-agama dianuti utama di Lubnan yang membentuk asas pemerintahan di negara tersebut khususnya sesama umat Islam Sunnah, umat Islam Syiah dan umat Kristian Maruniyah. Ia dilakukan bagi meredakan ketegangan politik yang wujud serta mengalakkan kesaksamaan dalam kalangan masyarakat berbilang agama Lubnan Raya[1] atas cadangan Perdana Menteri Lubnan pada ketika itu, Riad Al Solh, dengan persetujuan presiden Béchara el-Khoury.

Syarat-syarat menetapkan persetujuan ini adalah seperti berikut:

  • Umat Maruniyah menerima hubungan Lubnan mendekati negara-negara Arab lain berbanding negara Barat
  • Umat Islam melepaskan harapan bergabung dengan Syria.
  • Presiden dan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Lubnan dari kalangan Kristian Maruniyah
  • Perdana Menteri Lubnan dari kalangan umat Islam Sunnah
  • Pembicara Parlimen dalam kalangan umat Islam Syiah.
  • Naib-Naib Pembicara Parlimen dan Naib Perdana Menteri Lubnan dalam kalangan umat Kristian Gereja Ortodoks Yunani
  • Ketua Turus Am Angkatan Bersenjata Lubnan dalam kalangan umat Duruzi
  • Perwakilan umat Kristian ke umat Islam Lubnan dalam Parlimen Lubnan dinisbahkan sebanyak 6:5.[2]

Peruntukkan ini ditujukan di mana kaum Maruniyah mewakili suara seluruh penduduk Kristian manakala kaum Sunnah mewakili seluruh penduduk Muslim dalam negara tersebut.[3]

Rujukan

  1. ^ Chaigne-Oudin, Anne-Lucie (2005). La France et les rivalités occidentales au Levant : Syrie-Liban 1918-1939 (dalam bahasa Perancis). L’Harmattan.
  2. ^ Binder 1966: 276
  3. ^ Krayem, Hassan. "The Lebanese Civil War and the Taif Agreement". American University of Beirut. American University of Beirut. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 2019-11-07.