Pakis tanduk rusa

Pakis tanduk rusa (Platycerium)
Platycerium bifurcatum
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Pteridophyta
Kelas:
Pteridopsida
Order:
Polypodiales
(tanpa pangkat):
Eupolypods I
Keluarga:
Polypodiaceae
Genus:
Platycerium

Desv.
Species
  • Platycerium andinum
  • Platycerium alcicorne
  • Platycerium bifurcatum
  • Platycerium coronarium
  • Platycerium elephantotis
  • Platycerium ellisii
  • Platycerium grande
  • Platycerium hillii
  • Platycerium holttumii
  • Platycerium madagascariense
  • Platycerium quadridichotomum
  • Platycerium ridleyi
  • Platycerium stemaria
  • Platycerium superbum
  • Platycerium veitchii
  • Platycerium wallichii
  • Platycerium wandae
  • Platycerium wilhelminae-reginae
  • Platycerium willinkii

Pakis Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.

Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran "adus, pulasari" serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.

Jenis interaksi bagi Pakis Tanduk Rusa adalah sama seperti Paku-pakis Langsuir iaitu Komensalisme.

Lihat juga

Pautan luar

  • Pengelasan dan Ubat-ubatan Paku-Pakis di Semenanjung Malaysia oleh Goh Yew Boon Diarkibkan 2006-12-02 di Wayback Machine