Pembunuhan beramai-ramai di Qibya

Penduduk Arab memeriksa kemusnahan yang dilakukan askar-askar di bawah perintah Ariel Sharon

Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya (ejaan alternatif : Kibya, Qibieh or Qibye) dilakukan oleh askar-askar Israel ke atas satu perkampungan Arab di tebing Barat dalam bulan Oktober tahun 1953.

Latar Belakang

Serangan ke atas Qibya dibuat berikutan dengan pertempuran sempadan yang meningkat banyak sejurus selepas perjanjian gencatan senjata tahun 1949. Negara Israel berdepan dengan masalah serangan bertubi-tubi oleh pejuang-pejuang Palestin yang menyusup masuk melepasi sempadan Israel. Dalam tahun 1951, 137 orang rakyat Israel terbunuh oleh pejuang Palestin yang menyusup masuk. Dalam tahun 1952, bilangan yang terkorban adalah 162 orang dan dalam tahun 1953, bilangan yang terbunuh adalah 160 orang.

Pada 12 Oktober 1953, seorang wanita Yahudi dan dua orang anaknya terbunuh dalam satu penyusupan oleh pejuang-pejuang Jordan di satu perkampungan bernama Yehud. Kepimpinan Israel mengambil keputusan untuk membuat serangan balas ke atas perkampungan Qibya di seberang sempadan Tebing Barat.

Menteri Pertahanan Pinhas Lavon, yang menyelaraskan operasi bagi pihak Perdana Menteri David Ben-Gurion memberikan arahan untuk melancarkan serangan. Kerajaan baru Israel di bawah Moshe Sharett yang sepatutnya mengambil alih tampuk kepemimpinan daripada David Ben-Gurion tidak diberikan maklum mengenai serangan ini.

Pada 13 Oktober 1953, dalam mesyuarat Suruhanjaya Bersama Gencatan Senjata (Mixed Armistice Commission), wakil Jordan mengutuk keras serangan ke atas perkampungan Yehud dan menjanjikan Israel kerjasama penuh untuk menjejak mereka yang bertanggungjawab melaksanakan serangan ke atas Yehud. Jordan meminta Israel bersabar dan tdiak melancarkan serangan balas. (The Iron Wall, Avi Shlaim, ms 90–93) Moshe Sharett kemudiannya berkata bahawa Glubb Pasha, pegawai pemerintah Legion Jordan meminta pasukan anjing pengesan baka Bloodhound untuk mengesan penyerang-penyerang yang terlibat. (Jerusalem Post, 31 Oktober 1965).

Operasi

Serangan ke atas Qibya berlaku pada malam 14 Oktober 1953 dengan bedilan meriam bertubi-tubi ke atas perkampungan tersebut. Bedilan berterusan sehinggalah ketibaan askar-askar Israel di pinggir kawasan kampung. Askar-askar Israel meletakkan periuk api untuk menyekat kemaraan askar Jordan yang mungkin mara untuk mempertahankan Qibya. Apabila kampung tersebut telah dijamin keselamatannya, askar Israel meletakkan bahan letupan di setiap rumah yang ada dan meletupkan rumah-rumah selepas memberikan peluang kepada penduduk melarikan diri. Menjelang Subuh, askar-askar Israel berundur selepas mengisytiharkan operasi mereka berjaya.

Pasukan Pertahanan Israel mendakwa rancangan asal adalah untuk membuat serang hendap kepada pasukan Legion Arab di kawasan tersebut dengan menggunakan tindakan peletupan beberapa buah rumah Arab sebagai umpan. Arahan asal pemimpin tentera Israel agak terhad skop pelaksanaannya dan adalah untuk “.. melakukan serangan …. Dengan tujuan mendapatkan kawalan sementara kependudukan rumah-rumah Arab …. Memusnahkan rumah-rumah Arab … dan menyebabkan mudarat (harm) penghuninya…” Walau bagaimanapun, setelah menurun rantaian arahan tentera Israel, araghan tersebut bertukar menjadi “pembunuhan maksimum” [1].

Operasi di Qibya dilaksanakan oleh dua pasukan elit dalam tentera Israel, iaitu satu kompeni askar payung terjun dan satu unit khas dikenali dengan panggilan Unit 101. Unit 101 adalah satu unit yang ditubuhkan oleh Israel untuk membuat tindakan serangan balas ke atas pejuang-pejuang Arab. Unit 101 ditubuhkan dan diketuai oleh Ariel Sharon. Serangan ke atas perkampungan Qibya melibatkan kematian 60 orang Arab Palestin dan kemusnahan kebanyakan daripada rumah kediaman di perkampungan itu. Ketiak itu, Qibya berada di dalam wilayah yang berada di bawah kawalan Jordan. Ramai penduduk Qibya dipindahkan keluar sebelum itu daripada kawasan tersebut, tetapi ramai juga yang enggan berpindah dan menyembunyikan diri di dalam rumah mereka. Mereka terbunuh.

45 buah rumah penduduk kampung diletupkan, bersama-sama dengan masjid, sekolah dan empangan air. Lebih dari 60 orang terbunuh, dan 2,700 orang yang lain terpaksa berpindah kerana ketiadaan tepat tinggal kerana dimusnahkan askar Israel.

Tindakan Selepas Pembunuhan

Penduduk Arab memeriksa kemusnahan di Qibya

Serangan ini membawa kesan yang mendalam dan dikutuk keras oleh masyarakat antarabangsa dan juga oleh rakyat Israel sendiri. Majlis Keselamatan PBB mengutuk Israel dalam satu resolusi yang dibuat pada 24 November 1953. Banyak negara-negara Islam melihat serangan ke atas perkampungan Qibya sebagai satu tindakan keganasan.

Pada mulanya, rakyat Israel tidak mengetahui apa-apa mengenai serangan dan pembunuhan beramai-ramai di Qibya. Kerajaan Israel pada mulanya menafikan anggota tentera Israel terlibat. Hanya selepas ditunjukkan bukti dan keterangan saksi, barulah mereka mengakui bahawa askar Israel bertanggungjawab ke atas kematian penduduk Arab di Qibya. Pada 19 Oktober, 1953, David Ben-Gurion membuat dakwaan bahawa serangan tersebut sebenarnya dilakukan oleh orang-orang awam rakyat Israel.

“ …… tidak ada pihak yang lebih menyesali daripada kerajaan Israel mengenai serangan ini ... darah mereka yang tidak bersalah tertumpah … Kerajaan Israel menolak sekerasnya dakwaan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh 600 orang askar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) …. Kami telah menjalankan penyiasatan dan mendapati tanapa ada keraguan bahawa tiada unit tentera Israel yang tidak berada di markas mereka pada malam kejadian serangan ke atas Qibya. (Kenyataan Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion, ISA FM 2435/5)

Pada 18 Oktober 1953, Jabatan Negara Amerika mengeluarkan kenyataan mengutuk keras serangan ke atas Qibya, dan membuat tuntutan supaya mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang. Tetapi tuntutan ini tidak diendahkan oleh Israel. Amerika juga mengambil tindakan menggantungkan bantuan ekonomi kepada Israel, tetapi meneruskan bantuan sedikit masa kemudian selepas keadaan reda.

Selepas serangan ke atas Qibya, kepimpinan Israel mengelakkan pendudukan awam dijadikan sasaran pasukan tentera Israel. Kebolehan Unit 101 bertindak secara bebas ditarik balik, tetapi Unit 101 terus terlibat dalam serangan balas ke atas sasaran-sasaran musuh di dalam wilayah Arab sebagai sebuah unit di bawah naungan 202 Briged Askar Payung Terjun.

Ariel Sharon

Ariel Sharon menulis di dalam buku autobiografinya walaupun dia menyesali kematian orang-orang awam Arab Palestin, serangan tersebut perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) boleh dan berkemampuan untuk mencarikan dan mensasarkan dengan tepat sasaran yang berada jauh di dalam wilayah musuh. Selepas serangan ke atas Qibya, Pasukan Liga Arab ditempatkan di sempadan berhampiran Qibya untuk mengelakkan penyusupan dan serangan selanjutnya oleh Pasukan Pertahanan Israel. Buat seketika, jumlah penyusupan dan serangan oleh pejuang Palestin berkurangan.

Ariel Sharon menulis di dalam diarinya bahawa dia menerima arahan untuk menyebabkan kerosakan teruk kepada penduduk Qibya. Katanya, “ … arahan itu jelas : Qibya mesti dijadikan teladan kepada yang lain”. Areil Sharon mendakwa beliau dan askar-askarnya memikirkan rumah-rumah yang diletupkan sudah dikosongkan apabila penduduk Arab diberikan perintah keluar oleh askar-askarnya. Dia tidak tahu masih ada orang Arab yang berselindung di dalam rumah-rumah yang diletupkan.

Ariel Sharon menulis lagi, “ Saya tidak percaya apa yang saya dengar … saya menyingkap kembali setiap pergerakan askar saya semasa operasi untuk memahami apa yang berlaku... sebelum ini, serangan balas tentera Israel hanya melibatkan kemusnahan beberapa buah rumah dan tidak lebih dari itu… menyangkakan keadaan yang sama, sebilangan keluarga Arab mungkin mengambil keputusan untuk berselindung di dalam rumah mereka … mendiamkan diri apabila diberikan amaran oleh askar-askar Israel … kesudahannya tragedi ini berlaku”.

Sejarawan Israel Benny Morris menyangkal dakwaan Ariel Sharon, memandangkan arahan yang diberikan kepada Unit 101 apda malam kejadian. Benny Morris menuding jari kepada hakikat bahawa laporan Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Legion Arab dengan jelas menyatakan bahawa penduduk Arab dibunuh sebelum peletupan kediaman mereka. Mejar Jeneral Vagn Bennike, Ketua Turus Badan Penyelia Gencatan Senjata yang membuat siasatan pada keesokan hari kejadian melaporkan “kejadian yang berlaku berulang kali … pintu rumah yang berserpihan peluru .. mayat yang berada di ambang pintu … membuktikan penduduk yang terpaksa berselindung di dalam rumah mereka disebabkan tembakan hebat sehingga rumah mereka diletupkan semasa mereka berada di dalam..)

Lihat juga

Pautan luar

  • [1] UN security council Resolution on Qibya operation, text from the Jewish Virtual Library and PDF image from the United Nations
  • S/636/Rev.1 16 November 1953
  • From butcher to 'Lion' to Prime Minister of Israel
  • What happened at the Arab village of Qibya in 1953? Diarkibkan 2006-10-10 di Wayback Machine
  • Qibya
  • peta Qibya dan persekitaran
  • United Nations Security Council Resolution 101
  • The 50s: Unit 101, Qibya, the Lavon Affair, the 1956 Suez War

Rujukan

  1. ^ Benny Morris, Israel's Border Wars, 1949-1956: Arab Infiltration, Israeli Retaliation and the Countdown to the Suez War, Oxford University Press, 1993, pp. 258-9.
  • Negara
  • Pihak Berkuasa
  • Pertubuhan
Israel
Palestin
Utama
Kumpulan lain
Kumpulan pihak ketiga
Latar
belakang
1920–1948
  • 1920
  • 1921 Rusuhan Yafa
  • 1929 Rusuhan Palestin
    • Pembunuhan beramai-ramai Al-Khalil
  • 1936–1939 Rusuhan Arab
  • 1944–1947 Pemberontakan Yahudi
  • 1947–1948 Perang Saudara
Siri serangan
1948–1970
  • 1948 Perang Arab–Israel
    • Pembunuhan beramai-ramai
  • 1948–present Pemberontakan Fidaiyin
    • 1951–1967 Serangan menentang Israel
    • 1950s–1960s Operasi tindakan balas Israel
  • 1953 Pembunuhan beramai-ramai di Qibya
  • 1956 Pembunuhan beramai-ramai di Kafr Qasim / Khan Yunis / Rafah
  • 1967 Perang Enam Hari
  • 1967–1970 Perang Perlumpuhan
    • 1968 Pertempuran Karamah
Pemberontakan
Palestin
1968–1982
  • 1970 Pengeboman bas sekolah Avivim
  • 1972 Penerbangan 571 Sabena / Pembunuhan beramai-ramai di Munich / Pembunuhan Mossad susulan pembunuhan beramai-ramai di Munich (1973 Peristiwa Lillehammer)
  • 1974 Pembunuhan beramai-ramai di Kiryat Shmona / Pembunuhan beramai-ramai di Maalot
  • 1975 Serangan Hotel Savoy
  • 1976 Entebbe
  • 1978 Pembunuhan beramai-ramai di Lebuh Pesisir / Konflik Selatan Lubnan
  • 1980 Krisis tebusan Misgav Am
Siri serangan
1973–1987
  • 1973 Perang Yom Kippur
  • 1975 Pengeboman Dataran Zion
  • 1982 Perang Lubnan
    • Pengepungan Beirut
  • 1983 Epidemik pengsan Tebing Barat
  • 1984 Peristiwa Bas 300
  • 1985 Rampasan Achille Lauro / Operasi "Kaki Kayu"
  • 1987 Malam Para Peluncur
Intifadah Pertama
1987–1991
Intifadah Kedua
2000–2005
  • Serangan roket Palestin ke atas Israel
    • senarai
  • Serangan berani mati Palestin
  • Pembunuhan Israel
  • 2000 Peristiwa Oktober
  • 2001 Santorini
  • 2002 Operasi "Bahtera Nuh" / Operasi "Perisai Pertahanan" / Pertempuran Jenin / Pertempuran Nablus / Operasi "Laluan Tekad"
  • 2003 Serangan udara Ain Al-Sahib
  • 2004 Operasi "Pelangi" / Suruhan Beit Hanoun / "Hari Kesesalan"
Kempen penentangan
orang Palestin
2006–kini
  • 2006 Pertempuran Penjara Ariha
  • 2008 Serangan yesyiva Baitulmaqdis / Serangan jentolak Baitulmaqdis
  • 2009 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2010 Kempen keganasan terhadap Israel
  • 2015–2016 Konflik Israel-Palestin
  • 2017 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2021 Krisis Israel-Palestin
  • 2022 Penggempuran Masjid al-Aqsa
Konflik
Gaza–Israel
2006–kini
  • 2006 Letusan pantai Gaza / Rusuhan lintas sempadan Gaza  / Hujan Musim Panas / "Awan Musim Luruh"
  • 2008 Pelanggaran sempadan Gaza–Mesir / Musim Sejuk Hangat
  • 2008–2009 Pertempuran Al-Furqan
  • 2010 Rampasan armada Gaza
  • 2012 Gema Kembali / Batu Lumpur Neraka
  • 2014 Daun Yang Dimakan
  • 2015 Pembebasan Flotila III
  • 2018 Perarakan Pulang Perdana / Pertembungan November
  • 2019 Pertembungan Mei / Pertembungan November
  • 2021 Pedang Al-Quds
  • 2022 Fajar Menyinsing
  • 2023 Perisai dan Panah / Taufan Al-Aqsa
Diplomasi dan proses pendamaian
Garis masa
1948–1991
1990-an
  • 1981–1982 Rancangan Fahd
  • 1991 Persidangan Madrid
  • 1993–1995 Perjanjian Oslo
  • 1994 Protokol Hubungan Ekonomi (Protokol Paris)
  • 1994 Perjanjian Gaza–Jericho
  • 1994–kini Bantuan keselamatan AS kepada Palestin
  • 1997 Protokol Hebron
  • 1998 Memorandum Sungai Wye
  • 1999 Memorandum Sharm El Sheikh
2000-an
  • 2000 Sidang Kemuncak Kem David / Parameter Clinton
  • 2001 Sidang Kemuncak Taba
  • 2002 Penubuhan kuartet
  • 2003 Peta Hala Tuju
  • 2005 Pengunduran Israel dari Gaza
  • 2005 Persetujuan Pergerakan dan Capaian
  • 2006 Inisiatif Lembah Damai
  • 2007 Persidangan Annapolis
2010-an
  • 2010–2011 Rundingan damai Israel-Palestin
  • 2011 Kertas-kertas Palestin
  • 2013–2014 Rundingan damai Israel-Palestin
Israel, Palestin dan PBB