Penerbangan 603 Aeroperu

Penerbangan 603 Aeroperú
Ilustrasi Penerbangan 603 sebelum terhempas
Kemalangan
Tarikh2 Oktober, 1996
RingkasanKesilapan penyelenggaraan
Tapak kejadianLautan Pasifik
berdekatan Pasamayo, Peru
Jenis pesawatBoeing 757-23A
PengendaliAeroperú
Kod pendaftaranN52AW
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Miami, Miami, Florida, United States
Perhentian terakhirLapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez, Lima, Peru
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Comodoro Arturo Merino Benítez, Santiago, Chile
Penumpang61
Anak kapal9
Kematian70 (semua)
Kecederaan0
Terselamat0

Penerbangan 603 Aeroperú adalah penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez di Lima, Peru (LIM), ke Lapangan Terbang Antarabangsa Comodoro Arturo Merino Benítez di Santiago, Chile, yang terhempas pada 2 Oktober 1996.

Keseluruhan

Pada 2 Oktober, 1996, setelah berlepas pada waktu tengah malam, krew pesawat Boeing 757 mendapati alatan penerbangan mereka tidak berfungsi dengan betul dan melaporkan beberapa mesej kecemasan dari Komputer Pengurusan Penerbangan, seperti terlebih laju, kurang kelajuan dan terbang terlalu rendah. Krew telah mengisytiharkan kecemasan dan meminta kebenaran untuk kembali semula ke lapangan terbang.

Berhadapan dengan masalah alatan penerbangan mereka yang sering memberi amaran yang tidak masuk akal dari komputer penerbangan pesawat (sebahagiannya adalah benar dan sebahagian lagi adalah palsu) dan percaya mereka berada di altitud yang selamat, Kapten Eric Schreiber dan Pegawai Pertama David Fernández membeuat keputusan untuk terus turun di dalam perjalanannya ke lapangan terbang. Oleh kerana pesawat itu terbang pada waktu malam di atas air, krew tidak membuat rujukan visual untuk memastikan kedudukan altitud yang sebenar. Apabila altimeter menunjukkan altitud pesawat adalah lebih kurang 9,700 kaki, altitudnya yang sebenar adalah lebih rendah.

Pengawal trafik udara mempunyai pesawat Boeing 707 yang berlepas untuk membantu pesawat Boeing 757 kembali ke daratan. Sebelum pesawat Boeing 707 sempat sampai ke pesawat Boeing 757, sayap kiri pesawat telah terkena air selepas dua puluh lima minit selepas pengisytiharan kecemasan membuatkan krew itu sedar tentang altitud pesat mereka yang sebenar. Mereka cuba menaikkan semula pesawat selama dua puluh minit, tetapi pesawat itu tetap terhempas ke air. Kesemua sembilan krew dan enam puluh satu penumpang terkorban.

Selepas nahas itu krew penyelamat menjumpai sembilan mayat sedang terapung dan bakinya tenggelam bersama dengan bangkai pesawat.

Lihat juga

Portal Peru
Portal Aviation
  • Senarai kemalangan dan insiden pesawat komersial
  • Sistem Pitot-statik
  • Penerbangan 301 Birgenair
  • Penerbangan 447 Air France

Rujukan

Pautan luar

Gambar luar
Ikon gambar airliners.net's Photo gallery
  • (Sepanyol) Final Report (Spanish version), Accident Investigation Board, Directorate General of Air Transport, Ministry of Transportation and Communications
  • (Inggeris) Final Report (unofficial English translation) (Archive) hosted at SKYbrary
  • AvWeb - AeroPeru 603 Cockpit Voice Recorder transcript (English)
  • Youtube - AeroPeru 603 Cockpit Voice Recorder Original Audio Parte 1
  • Youtube - AeroPeru 603 Cockpit Voice Recorder Original Audio Parte 2
  • Youtube - AeroPeru 603 Cockpit Voice Recorder Original Audio Parte 3
  • AvWeb - AeroPeru 603 Alarms activity from the CVR
  • "Computer failure puzzling in Peruvian crash," CNN
  • "Searchers comb Pacific for more bodies after Peruvian crash," CNN
  • List of passengers
  • Pre-Crash airplane photos (Boeing 757) on Airliners.net
  • News and Comment on the Aeroperu B757 Accident - University of Bielefeld

Templat:Senarai kemalangan dan insiden pada tahun 1996