Putera Yang Empat

Putera Yang Empat
Negeri Sembilan
Penjawat kini
Butiran
Pembentukan1831

Yang Amat Mulia Putera Yang Empat Negeri Sembilan ialah istilah khas bagi empat orang putera di Negeri Sembilan yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keempat-empat putera ini akan menjadi calon Yang di-Pertuan Besar yang akan dipilih oleh Undang Yang Empat sebaik sahaja berlakunya kemangkatan Yang di-Pertuan Besar semasa[1]. Putera Yang Empat terdiri daripada mereka yang menyandang jawatan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laksamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar[2].

Peranan

Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuklah menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].

Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan beberapa anggota lain[2].

Penyandang semasa

  • Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti : Tunku Ali Redhauddin (sejak 2009)[2]
  • Yang Amat Mulia Tunku Laksamana: Tunku Naquiyuddin (Sejak 1976)
  • Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting: Tunku Imran (Sejak 1976)
  • Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar: Tunku Nadzaruddin (Sejak 2008)

Rujukan

  1. ^ "Tunku Mukhriz Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11". mStar. 29 Disember 2008. Dicapai pada 7 Julai 2023.
  2. ^ a b c d "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. 22 Februari 2009. Dicapai pada 7 Julai 2023.
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri Menanti • Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek