Suara Rakyat Malaysia

Suara Rakyat Malaysia

JenisNGO
Ibu pejabatIbu pejabat: B-G-15, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya
Cawangan Pulau Pinang: 91C-02-21, University Heights, Jalan Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang
Penubuhan
Diasaskan5 Ogos 1989
Identiti
Orang pentingKua Kia Soong, K. Arumugam (Pengerusi), Sevan Doraisamy (Pengarah Eksekutif)
FokusHak asasi manusia[perlu rujukan], hak alam sekitar[perlu rujukan]
BidangAdvokasi dan amalan hak asasi manusia
PembiayaanPendukung dan pengiat hak asasi manusia
MotoWorking for Human Rights ("Bekerja untuk Hak Asasi Manusia")
Laman sesawangwww.suaram.net//
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suara Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan SUARAM, ialah sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Malaysia yang diwujudkan pada tahun 1987. Pada tahun 1989, kumpulan sokongan tahanan, tahanan ISA dan kumpulan aktivis lain mengambil keputusan untuk menubuhkan SUARAM, yang tujuan utamanya adalah untuk berkempen untuk memansuhkan ISA dan penahanan tanpa bicara. SUARAM kemudian berkembang memperjuangkan hak asasi manusia dan alam sekitar.

Suaram dianggap sebagai salah satu pertubuhan hak asasi manusia terkemuka di Malaysia. Pertubuhan hak asasi manusia umum lain di Malaysia termasuklah Aliran Kesedaran Negara berpangkalan di Pulau Pinang (ALIRAN), Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) dan lain-lain lagi. Suaram sering bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan ini mengenai isu-isu seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan reformasi pilihan raya. Sekretariat SUARAM di Kuala Lumpur juga menerbitkan laporan tahunan mengenai status hak-hak sivil dan politik di Malaysia sejak tahun 1998.[1] SUARAM juga adalah merupakan ahli pengasas FORUM-ASIA.[2]

Menurut laman web SUARAM, 'SUARAM adalah sebuah badan bebas dan pertubuhan hak asasi manusia yang tidak terkait dengan mana-mana agensi lain. Kami akan sentiasa mempertahankan hak mangsa pencabulan hak asasi manusia, golongan miskin dan tertindas, tanpa rasa takut atau pilih kasih. Mandat kami termaktub dalam Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. Oleh itu objektif utama SUARAM adalah melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia di Malaysia tanpa siapa pun yang memerintah negara.'(http://www.suaram.net/?page_id=4377)

SUARAM dibiayai melalui derma dan geran daripada sumber awam dan swasta. Bagaimanapun, sumber yang paling penting datang daripada sumbangan syarikat swasta, acara mengumpul dana seperti 'Makan Malam', jualan buku dan barangan kempen. Dana diterima dengan syarat tidak ada campurtangan dengan kerja-kerja SUARAM.

Mendedahkan Skandal SCORPENE

Pada 2008, Suaram yang mengupah peguam Perancis William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham, dengan dakwaan bahawa Najib Razak terlibat dalam sindiket penerimaan komisyen terbesar untuk pembelian dua kapal selam pertama negara Malaysia iaitu Scorpène, 18 buah jet tempur Sukhoi, 12 buah Eurocopter (helikopter) dan didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam terhadap wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.[3][4]

Struktur pertubuhan

Pengarah eksekutif SUARAM kini ialah Sevan Doraisamy, menggantikan Yap Swee Seng pada 2015.

Aktivis Utama lain yang dan/atau telah dikaitkan dengan SUARAM termasuk:-

  • Dr. Kua Kia Soong (bekas Ahli Parlimen)
  • Fan Yew Teng (bekas Ahli Parlimen)
  • Sivarasa Rasiah, bekas Ahli Parlimen Subang.
  • Julian Jayaseelan - Penyelaras ke-1
  • Charles Hector - Penyelaras ke-2
  • Lee Siew Hwa - Penyelaras ke-3
  • Irene Fernandez (kini sebahagian dari Tenaganita dan Caram Asia)
  • Bruno Gentil Pereira
  • Dr Syed Husin Ali (bekas Senator, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat)
  • Tian Chua, Bekas ahli parlimen Batu.
  • S. Arutchelvan (kini Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan Ahli Majlis Tempatan, MPKJ)
  • Elizabeth Wong - bekas Penyelaras, kini ADUN di Selangor
  • Cynthia Gabriel - bekas Penyelaras, kini bersama Caram Asia, dan Ahli Majlis Tempatan, MBPJ
  • Premesh Chandran (dari Malaysiakini)
  • Irene Xavier - (Sahabat Wanita)
  • Dr. Mohd Nasir Hashim -(kini Presiden Parti Sosialis Malaysia dan bekas ADUN di Selangor)
  • Toni Kasim - bekas sukarelawan dan aktivis

Rujukan

  1. ^ 20 Years Defending Human Rights. SUARAM. 2009. p. 3.
  2. ^ https://www.forum-asia.org/?option=com_contact&catid=25&Itemid=73
  3. ^ "Opposition group alleges corruption in report against Najib". Malaysia Today. Dicapai pada 2008-10-21.
  4. ^ "Claims of huge spending in Eurocopter deal proven wrong: Najib". The Nut Graph Sun. Dicapai pada 2011-02-11.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • Blog rasmi cawangan Pulau Pinang
  • flagPortal Malaysia
  • l
  • b
  • s
Hak asasi manusia di Asia
Negara berdaulat
  • Afghanistan
  • Arab Saudi
  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Bahrain
  • Bangladesh
  • Bhutan
  • Brunei
  • China
  • Cyprus
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Filipina
  • Georgia
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Israel
  • Jepun
  • Jordan
  • Kazakhstan
  • Kemboja
  • Korea Utara
  • Korea Selatan
  • Kuwait
  • Kyrgyzstan
  • Laos
  • Lubnan
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mesir
  • Mongolia
  • Myanmar
  • Nepal
  • Oman
  • Pakistan
  • Qatar
  • Rusia
  • Singapura
  • Sri Lanka
  • Syria
  • Tajikistan
  • Thailand
  • Timor Leste
  • Turki
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan
  • Vietnam
  • Yaman
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
  • Abkhazia
  • Nagorno-Karabakh
  • Republik Turki Cyprus Utara
  • Ossetia Selatan
  • Palestin
  • Taiwan
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain
  • Wilayah Lautan Hindi British
  • Pulau Krismas
  • Kepulauan Cocos (Keeling)
  • Hong Kong
  • Makau
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat