Vampire Knight
Vampire Knight | |
Muka depan untuk jilid pertama Vampire Knight yang dikeluarkan di Jepun oleh Hakusensha pada 5 Julai 2005. | |
ヴァンパイア騎士code: ja is deprecated (Vanpaia Naito) | |
---|---|
Genre | Cerita Sekolah, Romantik, Supernatural, Aksi Fiksyen, Tragedi |
Manga | |
Pengarang | Matsuri Hino |
Penerbit | Hakusensha |
Penerbit Lain | AUS Madman Entertainment NA Viz Media |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal | LaLa |
Tarikh Pengeluaran | 24 November 2004 – 24 Mei 2013 |
Jilid | 19 (Senarai jilid) |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Kiyoko Sayama |
Studio | Studio Deen |
Dilesenkan oleh | NA Viz Media UK Manga Entertainment |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Penyiaran bahasa Inggeris | AU ABC3 NA Neon Alley |
Penyiaran Lain | Videoland Japan TVB J2 |
Tarikh tayangan | 7 April 2008 – 30 June 2008 |
Episod | 13 (Senarai episod) |
Siri televisyen anime | |
Vampire Knight Guilty | |
Pengarah | Kiyoko Sayama |
Studio | Studio Deen |
Dilesenkan oleh | NA Viz Media |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Penyiaran bahasa Inggeris | AU ABC3 NA Neon Alley |
Penyiaran Lain | Videoland Japan TVB J2 |
Tarikh tayangan | 6 Oktober 2008 – 29 Disember 2008 |
Episod | 13 (Senarai episod) |
Portal Anime dan Manga |
Vampire Knight (ヴァンパイア騎士code: ja is deprecated , Vanpaia Naito, Kesatria Puntianak) ialah siri shōjo manga yang ditulis oleh Matsuri Hino. Siri ini buat kali pertamanya dikeluarka pada Januari 2005 oleh Majalah LaLa dan secara officialnya telah menemui penamat. Bab-bab dikumpulkan dan diterbitkan dalam oleh Hakusensha, termasuklah 19 jilid telah dikeluarkan di Jepun. Siri manga ini berbahasa inggeris dilesenkan oleh Viz Media. Adaptasi bahasa inggeris telah diterbitkan pada Julai 2006 oleh majalah Shojo Beat, yang mengumpulkan satu per empat daripada asalnya. 2 cd drama dihasilkan untuk siri tersebut, dan sebanyak 26 episod anime telah diadaptasi daripada manga asal. Siri anime ini dihasilkan oleh Studio Deen. Untuk musim pertama Vampire Knight, ianya ditayangkan di Jepun melalui Tv Tokyo antara 8 April 2008 hingga 1 Julai 2008. Musim kedua juga ditayangkan oleh stesen yang sama daripada 7 Oktober 2008 hingga 30 Disember 2008. Anime menggunakan banyak suara latar yang sama daripada cd drama yang dihasilkan. Adaptasi anime yang dikeluarkan di Amerika Utara dilesenkan oleh Viz Media, di mana dvd tekah dikeluarkan pada 20 Julai 2010.[1]
Plot
Satu-satunya memori silam yang dimiliki oleh Cross Yuki ialah pada malam ribut salji. Dia telah diserang oleh puntianak yang inginkan darahnya. Memori yang hampir hilang itu turut menunjukkan Yuki diselamatkan oleh Kuran Kaname, seorang puntianak berdarah asli (pureblood vampire). 10 tahun kemudian, Yuki yang merupakan anak angkat pengetua Akedemi Cross, iaitu Cross Kaien telah membesar dan menjadi penjaga manusia biasa daripada serangan kaum puntianak. Akademi Cross mempunyai dua sesi pembelajaran. Pada siang hari, pelajarnya ialah manusia biasa, manakala pada malam hari, pelajarnya ialah puntianak berdarah bangsawan. Mereka boleh dibezakan mengikut warna seragam sekolah yang dipakai. Kaum manusia biasa memakai seragam berwarna hitam, manakala kaum puntianak berpakai seragam berwarna putih. Kiryu Zero merupakan penjaga manusia biasa. Dia bersahabat dengan Yuki sejak kecil lagi. Zero amat benci akan kaum puntianak kerana kaum itu telah membunuh keseluruhan keluarganya yang merupakan pemburu puntianak cemerlang.
Zero telah digigit pada malam keluarganya dibunuh oleh puntianak berdarah asli, Hiō Shizuka. Dia mula mengalami transformasi untuk menjadi puntianak sepenuhnya, membuatkan dia membenci dirinya sendiri. Pada mulanya dia cuba menyimpan rahsia mengenai transformasi dirinya daripada Yuki. Namun, akhirnya Yuki mengetahui keadaan Zero dan Yuki menawarkan darahnya untuk Zero. Zero hidup bergantungkan darah Yuki, dan dia bersumpah bahawa keseluruhan hidupnya hanyalah untuk Yuki. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila Yuki bangun daripada tidurnya. Cross Yuki yang disangkakan sebagai manusia biasa merupakan puntianak berdarah asli dan dia juga merupakan adik kandung Kuran Kaname. Zero amat terkejut apabila orang yang dia cintai merupakan puntianak, tambahan pula puntianak berdarah asli. Yuki yang selama ini mencintai Kaname berasa amat bersalah kerana dia mempunyai perasaan itu terhadap abang kandungnya sendiri. Kaname yang mencintai Yuki meneruskan pertunangannya dengan Yuki kerana dia tidak mengambil kisah akan hal itu. Dia juga menegaskan, perkahwinan sesama keluarga dibenarkan dalam keluarga puntianak kerana ianya bertujuan untuk mengekalkan keaslian darah puntianak. Penamat cerita ini amat tidak disangka oleh para pembaca manga. Cinta tiga segi antara Zero, Yuki dan Kaname berakhir dengan penuh tragis.
Media
Manga
Bab pertama Vampire Knight yang ditulis oleh Hino Matsuri dihasilkan pada Januari 2005 oleh majalah LaLa. Setiap bab diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Hakusensha. Sebanyak 19 jilid dikeluarkan di Jepun setakat November 2013[kemas kini]. Siri ini mendapat lesen oleh Viz Media untuk dikeluarkan di Amerika Utara dalam bahasa inggeris. Siri ini juga disiarkan dalam antologi manga Shojo Beat Viz daripada Julai 2006 sehinggalah majalah tidak disambung selepas Ogos 2009. Di Australia dan New Zealand, siri ini dilesenkan oleh Madman Entertainment yang mengeluarkan 15 jilid setakat Disember 2011[kemas kini]. Jilid terakhir [2]telah dikeluarkan dalam bahasa inggeris pada 14 Oktober 2014 oleh Viz Media. Pada 8 November 2013, Hino telah mengeluarkan satu bab istimewa yang berjudul "Life (命code: ja is deprecated , Inochi)",[3], dilesenkan oleh Viz Media pada 9 Disember 2014.[4] Bab istimewa yang lain yang berjudul "I Like You (あなたのことが好きですcode: ja is deprecated , Anata no koto ga sukidesu)" telah dikeluarkan pada 10 Februari 2015.[5]
Rujukan
- ^ Voice Actors Named for Animated Series Vampire Knight. Dreadcentral.com (2010-03-25). Retrieved on 2012-08-05.
- ^ http://www.animenewsnetwork.com/press-release/2014-09-25/viz-media-announces-the-finale-of-matsuri-hino-series-vampire-knight/.79185. Missing or empty
|title=
(bantuan); External link in|website=
(bantuan); Missing or empty|url=
(bantuan) - ^ http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-10-21/new-vampire-knight-side-story-to-be-published-in-lala-fantasy-special-issue. Missing or empty
|title=
(bantuan); External link in|website=
(bantuan); Missing or empty|url=
(bantuan) - ^ http://www.viz.com/manga/digital/vampire-knight-life-volume-1/3106
- ^ http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-11-21/vampire-knight-manga-gets-new-chapter-in-february/.81276. Missing or empty
|title=
(bantuan); External link in|website=
(bantuan); Missing or empty|url=
(bantuan)
Pautan Luar
- Hakusensha's official manga website (Jepun)
- Official Viz Vampire Knight manga website
- Official Viz Vampire Knight anime website
- Vampire Knight (manga) di Ensiklopedia Anime News Network
- Vampire Knight (anime) di Ensiklopedia Anime News Network
- Vampire Knight: Guilty (anime) di Ensiklopedia Anime News Network