Wikipedia Bahasa Melayu

Tangkap layar
Laman Utama Wikipedia bahasa Melayu pada 4 Julai 2020
Wikipedia Bahasa Melayu pada tahun 2020
Maklumat umumURLms.wikipedia.orgJenisProjek ensiklopedia internetTersedia dalamBahasa MelayuDitubuhkan26 Oktober 2002 Edit the value on WikidataPengurusan dan pentadbiranPemilikYayasan WikimediaKandungan dan sokonganKeluaranEnsiklopedia internet Edit the value on WikidataKomersialTiadaPendaftaranPilihanLesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU Edit the value on WikidataLokasiIbu pejabatMiami, FloridaPautan luar berkaitanPautan lainFacebook: ms.wikipedia Twitter: Wikipedia_ms Instagram: ms.wikipedia Sunting ini di Wikidatasunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Wikipedia
Bahasa Melayu

ويكيڤيديا بهاس ملايو
Logo Wikipedia Bahasa Melayu
Bermula pada Mei 2003
Jumlah rencana 373,921 *
Jumlah laman 1,084,445 *
Jumlah fail 18,425 *
Pengguna berdaftar 335,449 *
Penyelia 15 *

ms.wikipedia.org
* setakat 14 Mei 2024

Wikipedia Bahasa Melayu (Jawi: ويکيڤيديا بهاس ملايوcode: ms is deprecated , disingkatkan sebagai mswiki) ialah ensiklopedia dalam talian, Wikipedia versi bahasa Melayu. Asas penciptaan, pembangunan dan pentadbiran sehari-harian Wikipedia Bahasa Melayu adalah menuruti ketetapan perlembagaan dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.

Sejarah

Sejarah penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu bermula daripada permohonan oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3]

Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan di Malaysia pertama yang berdaftar di Wikipedia ini.[4]

Laman pertama yang wujud (selain laman utama) ialah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[5] laman Air muncul pada 5 Julai 2003[6] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003.[7] Semua laman di atas merupakan perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga Mei 2024, Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 373,921 rencana.

Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.

Perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu sejak dari awal diaktifkan hinggalah Disember 2008

Statistik laman bahasa Melayu boleh dilihat di sini.

Perubahan laman utama

Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[8]

Semenjak itu, telah beberapa kali laman utama ditukar reka bentuk melalui perbincangan.[9] Pada Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.

Pada 30 Jun 2020, paparan laman utama telah diperbaharui dengan unsur corak songket hasil cadangan EmpAhmadK.[10]

Galeri

  • Sepanduk untuk merayakan hari jadi ke-10 Wikipedia bahasa Melayu
    Sepanduk untuk merayakan hari jadi ke-10 Wikipedia bahasa Melayu
  • Laman Utama pada 11 Mac 2004
    Laman Utama pada 11 Mac 2004
  • Laman Utama pada 30 Jun 2004
    Laman Utama pada 30 Jun 2004
  • Laman Utama pada 26 Nov 2004
    Laman Utama pada 26 Nov 2004
  • Laman Utama pada 04 Sep 2006
    Laman Utama pada 04 Sep 2006
  • Laman Utama pada 01 Apr 2009
    Laman Utama pada 01 Apr 2009
  • Laman Utama pada 13 Jul 2010
    Laman Utama pada 13 Jul 2010
  • Laman Utama pada 20 Januari 2011
    Laman Utama pada 20 Januari 2011
  • Laman Utama pada 4 Julai 2020
    Laman Utama pada 4 Julai 2020

Lihat juga

  • Wikipedia:Sejarah Wikipedia Melayu

Rujukan

  1. ^ Open content encyclopedia ... Wikipedia ... in Malay Permohonan Wikipedia Bahasa Melayu oleh Imran William Smith
  2. ^ Laman Utama ketika ia diaktifkan
  3. ^ Sumbangan Brion VIBBER
  4. ^ Wikipedia bahasa Melayu (20 Februari 2003). "Laman Utama". Dicapai pada 21 November 2015.
  5. ^ Suntingan terawal rencana Bahasa Melayu oleh pengguna tak berdaftar.
  6. ^ Suntingan terawal rencana Air, oleh Piolifax
  7. ^ Suntingan terawal rencana Wikipedia oleh pengguna tak berdaftar.
  8. ^ Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS.
  9. ^ Laman perbincangan Laman Utama, "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.
  10. ^ Laman Kedai Kopi Wikipedia Bahasa Melayu, "Ubah rupa Laman Utama". 28 Jun 2020. Dicapai pada 2020-07-05.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Senarai lengkap edisi-edisi Wikipedia
Disenaraikan mengikut bilangan rencana
lebih daripada 5,000,000
Bahasa Inggeris en: · Bahasa Itali it: · Bahasa Sepanyol · Bahasa Cina zh: · Bahasa Arab ar: ·  · Bahasa Indonesia id: · Bahasa Korea ko: · Bahasa Melayu · Bahasa Turki tr: · Bahasa Minangkabau,Bahasa Ibrani Bahasa Latin la: · Bahasa Inggeris Mudah simple: · Bahasa Yunani