1Malaysia

Rencana ini merupakan sebahagian daripada siri
mengenai
Dato' Sri Mohd Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia ke-6


Insiden dan kontroversi


Pilihan raya umum


Keluarga


  • l
  • b
  • s
Logo rasmi 1 Malaysia
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Malaysia Moden
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

1Malaysia (juga disebut Satu Malaysia) ialah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Najib Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.[1]

Ia ialah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[2]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[3] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[4]

Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[5]

Identiti

Slogan 1Malaysia pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.[6]

Tahun Tema
2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 Menjana Transformasi
2011 Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
2012 Janji Ditepati
2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia. Logo tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.[7]

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.[8]

Sejarah

Pada 5 Ogos 2010, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan konsep 1Malaysia. Beliau turut mempertikaikan konsep 'Bangsa Malaysia' yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu. Sepatutnya biarkan konsep itu berkembang sendiri (evolusi) dan tidak ada tempoh masa tertentu.[9]

Penggantian

Pada 16 Mei 2018, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar di Putrajaya mengumumkan slogan 1Malaysia akan digantikan dengan slogan baru yang bersesuaian. Malah ucapan "Salam 1Malaysia", "Salam Negaraku" dan "Salam Negaraku Malaysia" juga akan dihentikan penggunaannya. Ia digantikan dengan sama ada "Assalamualaikum" atau "Salam Sejahtera".[10][11]

Inisiatif 1Malaysia

Kontroversi

Adaptasi dari slogan "One Israel"

Pada 18 Mac 2010, Datuk Nazri membawa tuduhan Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tuduhan itu berhubung dakwaan Anwar bahawa firma konsultan APCO Worldwide[16] dipimpin oleh bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat yang telah mengasaskan slogan "One Israel".[17] Anwar mendakwa bahawa pada tahun 1999, APCO telah membantu Perdana Menteri Israel, Ehud Barak menerusi One Israel. Sedangkan Malaysia menyokong Palestin dan menentang gerakan Zionis.[18] Dakwaan itu dinafikan oleh APCO yang menyatakan ia dilantik oleh kerajaan Malaysia selepas konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.[19] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang boleh menentukan bentuk hukuman terhadap Ketua Pembangkang itu, yang biasanya merujuk kepada kes-kes lalu umpamanya yang membabitkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.[20]

Kekeliruan maksud oleh beberapa pihak

Terdapat dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia. Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza.[21] Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat.[22][23]

Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

Pengharaman penggunaan logo 1Malaysia

Pada 22 Disember 2011, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah mengumumkan pengharaman logo 1Malaysia di papan-papan iklan yang berada di negeri Selangor, kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.[24] Namun begitu, larangan penggunaan logo 1Malaysia itu telah ditarik balik semula oleh Kerajaan Negeri Selangor, kerana dasar larangan tersebut telah mengenepikan nilai demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negeri Selangor.[25]

Rujukan

  1. ^ "PM Wants BTN To Intensify 1Malaysia Concept In Its Modules, Bernama, 15 December 2009". Bernama.com. 15 December 2009. Dicapai pada 12 January 2012.
  2. ^ "Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-21. Dicapai pada 2009-05-03.
  3. ^ Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi[pautan mati kekal]
  4. ^ "1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-29. Dicapai pada 2009-05-03.
  5. ^ Satu Malaysia bukan retorik politik - PM[pautan mati kekal]
  6. ^ Joseph Sipalan. "Murugiah: RM38mil spent on 1Malaysia". Malaysiakini.com. Dicapai pada 12 January 2012.
  7. ^ "People's Satisfaction a KPI Benchmark - Najib". Press Release, Prime Minister's Office. Pmo.gov.my. 4 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-30. Dicapai pada 31 January 2013.
  8. ^ "Najib makes Idris Jala minister to run KPIs unit, The Malaysian Insider". My-1.themalaysianinsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2010. Dicapai pada 12 January 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Nazri: Rakyat pun tidak faham konsep Bangsa Malaysia Dr Mahathir". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-08. Dicapai pada 2010-08-05.
  10. ^ "Mahathir arah tiada lagi ucapan salam 1Malaysia". Malaysiakini. 16 Mei 2018. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  11. ^ "No more 1Malaysia slogans and greetings, Dr M tells ministries". Malaysiakini. 16 Mei 2018. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  12. ^ "Only 1RM treatment charge for common illnesses, The Star, 8 January 2010". Thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2011. Dicapai pada 12 January 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "Wi-Fi komuniti bantu rakyat dapat akses internet". Bernama (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 22 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-20. Dicapai pada 15 April 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "MCMC has built over 900 telco towers as of September". Bernama. The Rakyat Post. 27 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-08. Dicapai pada 15 April 2016.
  15. ^ "Minister: Malaysia's Broadband Penetration Rate Now Stands At 72.2%". Lowyat. Malaysian Digest. 28 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-22. Dicapai pada 15 April 2016.
  16. ^ About APCO Worldwide
  17. ^ "Barak's 'One Israel'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-24. Dicapai pada 2010-03-18.
  18. ^ Anwar Mungkin Berdepan Tindakan, Kata Nazri Aziz
  19. ^ "APCO Tidak Ada Peranan Dalam Pewujudan Konsep 1Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-20. Dicapai pada 2011-10-29.
  20. ^ "Konsep 1Malaysia tiru 1Israel hanya pembohongan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-22. Dicapai pada 2010-03-19.
  21. ^ Poll Shows Divided Malays Diarkibkan 15 September 2010 di Wayback Machine The Malaysian Insider. 9 July 2010
  22. ^ Perjelas makna sebenar 1Malaysia[pautan mati kekal]
  23. ^ "TPM akui rakyat tak faham 1Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-08. Dicapai pada 2010-08-03.
  24. ^ Bernama.com-Haram Logo 1Malaysia, Selangor Takut Sokongan Rakyat[pautan mati kekal]
  25. ^ UMNO-Online-Tarik Larangan Guna Logo 1Malaysia, Padah Buat Keputusan Tak Guna Akal[pautan mati kekal]

Pautan luar

  • (Inggeris) Laman web rasmi
  • (Inggeris) Kumpulan Facebook 1Malaysia
  • (Inggeris) 1Malaysia Facebook
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia-Blog Rakyat Diarkibkan 2016-11-25 di Wayback Machine
  • 1Malaysia Twitter
  • Gambar-gambar 1Malaysia.
  • Ensiklopedia Malaysia: 1Malaysia Diarkibkan 2010-02-27 di Wayback Machine
  • 1Malaysia Instagram
  • Konsep satu Malaysia aspirasi pendidikan teknik & vokasional Diarkibkan 2012-07-08 di Wayback Machine