Geseran uvular bersuara

Nombor AFA143
Pengekodan
X-SAMPAR
Imej
Sampel audio
noicon
sumber · bantuan

Geseran uvular bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʁ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan R dalam X-SAMPA. Konsonan ini ialah salah satu daripada bunyi "R gutural" yang ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah. Sesetengah penutur bahasa Melayu mungkin mampu berupaya menghasil bunyi ini hasil pembiasaan terhadap sebutan huruf ghain yang digunakan dalam bahasa Arab.[1]

Memandangkan aksara IPA-nya dikongsi oleh geseran dan malaran tak geser uvular, oleh itu geserannya boleh dinyatakan dengan membubuh tanda uptack, iaitu [ʁ̝]; manakala malaran tak gesernya pula dinyatakan dengan membubuh downtack, iaitu [ʁ̞].

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran uvular bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan

  1. ^ Watson, Janet C. E. (2002), The Phonology and Morphology of Arabic, New York: Oxford University Press, m/s. 17
Daerah → Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara ↓ Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal
  • l
  • b
  • s
Huruf "R"
Am
Huruf R · Konsonan rotik (seakan R) · Pelat rotik dan bukan rotik · Vokal berona R · R gutural · R penghubung dan intrusif
Sebutan
Getaran gusi [r] · Malaran tak geser gusi [ɹ] · Ketukan gusi [ɾ] · Tamparan sisian gusi [ɺ] · Malaran tak geser gelungan [ɻ] · Tamparan gelungan [ɽ] · Getaran uvular [ʀ] · Geseran uvular bersuara [ʁ]
Bentuk huruf
(R rotunda) · Ɍɍ (R with stroke) · Ʀʀ · Ȑȑ · Ŕŕ · Ŗŗ · Řř · Ȓȓ · Ṙṙ · Ṛṛ · Ṝṝ · Ṟṟ · Rd · Rh · Rl · Rn · Rr · Rt · Rnd · (Raidô) · (Kamiran Riemann) · (Bahagian nyata) · (Nombor nyata) · ® (Lambang cap dagang berdaftar) · (R tertutup)