Letupan uvular tak bersuara

Nombor AFA111
Pengekodan
X-SAMPAq
Imej
Sampel audio
noicon
sumber · bantuan

Letupan uvular tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara q dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan q dalam X-SAMPA. Bunyinya seiras dengan [k], cuma lidah menyentuh anak tekak (uvula), bukan lelangit lembut. Dalam bahasa Melayu, letupan uvular tak bersuara dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf q, contohnya: Qur'an, taqwa dan falaq.

Ciri-ciri

Ciri-ciri letupan uvular tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Bentuk varian

IPA Huraian
q q biasa
q terbibir
q ejektif
qʷʼ q ejektif terbibir
q̜ʷ q terbibir separa
q̹ʷ q terbibir kuat
q terlelangit
qʲʼ q ejektif terlelangit

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu Qur'an qur.an 'Qur'an' Rujuk fonologi bahasa Melayu
Aleut[1] [[[Abjad Rumi|qiighax̂]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [qiːɣaχ] 'rumput'
Arab Standard[2] القرآنcode: ar is deprecated [ʔalqurˈʔaːn] 'Qur'an' Rujuk fonologi bahasa Arab
Inuktitut ᐃ"ᐃᑉᕆᐅᖅᑐᖅ /[[[Abjad Rumi|ihipqiuqtuq’]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ihipɢiuqtuq] 'menerokai' Dilambangkan oleh huruf <ᕆ>. Rujuk fonologi bahasa Inuit
Parsi Loghat Kermani قورباغهcode: fa is deprecated [quːrbɒɣe] 'katak' Rujuk fonologi bahasa Parsi
Quechua[3] [[[Abjad Rumi|qallu]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [qaʎu] 'lidah'
Urdu قِلعہcode: ur is deprecated [qɪlaː] 'kubu' Rujuk fonologi bahasa Hindi-Urdu
Uyghur ئاق / aq [əq] 'putih'

Rujukan

  1. ^ Ladefoged (2005:165)
  2. ^ Watson (2002:13)
  3. ^ Ladefoged (2005:149)

Bibliografi

  • Ladefoged, Peter (2005). Vowels and Consonants (ed. Second). Blackwell. Text "authorlink-Peter Ladefoged" ignored (bantuan)
  • Mc Laughlin, Fiona (2005), "Voiceless implosives in Seereer-Siin", Journal of the International Phonetic Association, 35 (2): 201–214, doi:10.1017/S0025100305002215
  • Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.


Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal