Dhaka

Dhaka
دهاک
ধাক
Ibu negara Bangladesh
Pemandangan Dhaka
Pemandangan Dhaka
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
NegaraBangladesh
Daerah pentadbiranDaerah Dhaka
Pentadbiran
 • Datuk bandarSadeque Hossain Khoka
Keluasan
 • Ibu negara Bangladesh815.85 km2 (315.00 batu persegi)
Penduduk
 (anggaran 2006)[1]
 • Ibu negara Bangladesh6,724,976
 • Kepadatan14,608/km2 (37,830/batu persegi)
 • Metro
11,918,442
Zon waktuUTC+6 (BST)

Dhaka (ধাক), dengan jumlah penduduk seramai 6,844,131 orang (1991), ialah ibu negara Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah-tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut seperti tali dan guni. Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya. Wilayah sekelilingnya memiliki kepadatan penduduk yang tinggi dan sering menghadapi masalah banjir monsun.

Sejarah

Dhaka pernah pada suatu ketika menjadi ibu kota Empayar Mughal. Pada masa itu, ia dikenali sebagai "Jahangir Nagar", sempena maharaja Mughal, Jahangir. Dhaka berada di bawah perintah British pada 1765. Ia kemudiannya menjadi ibu kota Pakistan Timur pada tahun 1947 dan pada 1971, menjadi ibu kota negara Bangladesh yang merdeka. Sebelum ini, nama Dhaka dieja sebagai Dacca.

Geografi

Topografi

Dhaka terletak di pusat Bangladesh, iaitu di timur Sungai Bunriganga serta berkedudukan di kawasan selatan Delta Ganges. Daerah Dhaka bersempadan dengan daerah-daerah Gazipur, Tangail, Munshiganj, Rajbari, Narayanganj, Manikganj.

Pencemaran

Dhaka merupakan salah satu bandar global dengan udara paling tercemar dari segi zarahan, terutamanya akibat pengilangan bata secara tidak terkawal.[2]

Tempat-tempat penting

  • Kuil Dakeshwari
  • Istana Bara Katra
  • Hoseni Dalan
  • Kubu Lal Bagh
  • Jatiyo Sangshad Bhaban (bangunan parlimen Bangladesh), yang direka oleh arkitek Louis Kahn

Pendidikan

Universiti Dhaka, BUET, Universiti BRAC dan institut pengajian tinggi dan penyelidikan pertanian yang lain juga terdapat di bandar ini.

Pengangkutan

Sadarghat, salah satu pelabuhan terpenting di Dhaka

Darat

Dhaka dihubungkan dengan beberapa lebuh raya dengan lima daripada lapan lebuh raya utama Bangladesh bermula di Dhaka.

Kereta api

Bandar raya ini dihubungkan dengan jaringan landasan kereta api, dengan stesen utamanya merupakan stesen Kamalapur, stesen terbesar di Bangladesh.

Rujukan

  1. ^ World Gazetteer, 2006.
  2. ^ Sohara Mehroze Shachi (September 5, 2018). "Bangladesh's Air Pollution Problem Grows, Brick by Brick". Undark. Dicapai pada September 7, 2018. The kiln operations alone — while representing just 1 percent of the country’s GDP — generate nearly 60 percent of the particulate pollution in Dhaka, according to Bangladesh’s Department of Environment (DOE).

Pautan luar

  • Media berkenaan Dhaka di Wikimedia Commons
  • Panduan pelancongan Dhaka dari Wikivoyage
  • l
  • b
  • s
Asia TengahAsia TimurAsia TenggaraAsia Barat 
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur.  2 Juga dikenali sebagai Republik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialah Sri Jayawardenapura-Kotte 4 Rasmi.  5 Pentadbiran.  6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan.  7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem.  8 Merupakan wilayah pentadbiran khas China tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri.  Negara trans-benua.  Juga dikenali sebagai Timur Tengah ¥ Juga dikenali sebagai negara Caucasus,.  Keseluruhan di Asia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah. Keseluruhan di Melanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Lain-lain