Manama

Manama
المنامة
Bandar
Latar Manama
Latar Manama
Kedudukan Manama di Asia
Kedudukan Manama di Asia
Manama is located in Bumi
Manama
Manama (Bumi)
Koordinat: 26°13′N 50°35′E / 26.217°N 50.583°E / 26.217; 50.583Koordinat: 26°13′N 50°35′E / 26.217°N 50.583°E / 26.217; 50.583
NegaraBahrain
GabenoratIbu Negara
Pentadbiran
 • GabenorHamad bin Isa Al Khalifa
Keluasan
 • Bandar30 km2 (10 batu persegi)
Penduduk
 • Estimate 
(2010)
157,474
 • Kepadatan5,200/km2 (13,000/batu persegi)
 • Bandar411,000
 • Gabenorat (2010)
329,510
Zon waktuGMT+3
Nombor blok
3XX–4XX
Laman sesawangcapital.gov.bh

Manama (Bahasa Arab: المنامة Al-Manāmah) adalah ibu negara Bahrain dan terletak di Teluk Parsi di bahagian utara pulau Bahrain. Ia merupakan bandar terbesar negara tersebut dan lebih kurang sepertiga rakyatnya tinggal di sana.

Manama pernah disebut di dalam babad Islam sejak 1345 Masihi. Ia diduduki Portugis pada tahun 1521 dan setelah itu oleh Parsi pada tahun 1602. Ia diperintah dengan gangguan minima oleh dinasti Al Khalifah sejak 1783. Manama diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1958 dan dari 1971, dijadikan ibu negara Bahrain.

Asas perekonomian Manama hampir sama dengan seluruh Bahrain: petroleum, penapisan minyak, penangkapan ikan dan pencarian mutiara melaui berselam. Manama memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa di bandar pulau Al Muharraq yang disambungi dengan sebuah koswe. Universiti Bahrain yang diasaskan pada tahun 1961 juga terletak di Manama.

Etimologi

Nama ini berasal daripada perkataan Arab المنامة (al-Manãma) yang bermaksud "tempat berehat" atau "tempat bermimpi".[2]

Sejarah

Terdapat bukti penempatan manusia di pinggir laut utara Bahrain sejak Zaman Gangsa. Tamadun Dilmun mendiami kawasan tersebut pada 3,000 SM, yang berfungsi sebagai hab perdagangan serantau utama bagi Mesopotamia, Magan dan tamadun Lembah Indus.[3] [4]

Manama dikuasai oleh pihak Portugis pada 1521. Pihak Portugis telah membina sebuah pelabuhan di kawasan pinggir Manama. Penguasaan Portugis dijatuhkan oleh pihak Savafid pada 1602, tetapi bandar berdekatan, Bilad Al Qadeem dijadikan sebagai ibu kota wilayah. Pihak keluarga Al Khalifa mengalahkan Savafid pada 1783. Ketika Bahrain mendapat kemerdekaan daripada British pada 1971, Manama dijadikan ibu kota negara.

Hubungan antarabangsa

Bandar kembar

  • Kuwait Bandar Kuwait, Kuwait
  • Qatar Doha, Qatar
  • Tunisia Tunis, Tunisia (1999)
  • Lubnan Tripoli, Lubnan (1977)
  • Amerika Syarikat Chicago, Amerika Syarikat (2004)
  • Emiriah Arab Bersatu Dubai, Emiriah Arab Bersatu
  • Thailand Chiang Mai, Thailand
  • Jordan Amman, Jordan
  • Arab Saudi Taif, Arab Saudi
  • Singapura Singapura, Singapura

Rujukan

  1. ^ "Annual Population of Urban Agglomerations with 300,000 Inhabitants or More in 2014, by Country, 1950–2030 (thousands)" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015.
  2. ^ Room 1997, p. 223.
  3. ^ Al-Nabi 2012, p. 17.
  4. ^ Dumper & Stanley 2007, p. 243.

Pautan luar

  • Laman Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain Diarkibkan 2004-07-03 di Wayback Machine
  • Laman Universiti Bahrain Diarkibkan 2004-07-06 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Asia TengahAsia TimurAsia TenggaraAsia Barat 
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur.  2 Juga dikenali sebagai Republik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialah Sri Jayawardenapura-Kotte 4 Rasmi.  5 Pentadbiran.  6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan.  7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem.  8 Merupakan wilayah pentadbiran khas China tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri.  Negara trans-benua.  Juga dikenali sebagai Timur Tengah ¥ Juga dikenali sebagai negara Caucasus,.  Keseluruhan di Asia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah. Keseluruhan di Melanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Lain-lain